Harley-Davidson Nightster 2022 tiba di Malaysia, harga bermula RM94K

1113

Harley-Davidson mengumumkan ketibaan motosikal baharunya untuk pasaran Malaysia menerusi model Nightster di acara Art of Speed ​​2022 baru-baru ini.

Motosikal itu menyerlahkan lagi pengayaan Sportster klasik, paling jelas dengan penggunaan penyerap hentak belakang yang terdedah dan bentuk penutup peti udara yang membangkitkan Sportster ikonik serta padanan tangki bahan api walnut.



Nightster menggandingkan casis yang lincah dan ringan dengan enjin berkuasa yang ditala untuk prestasi yang kuat pada julat putaran enjin rendah dan pertengahan. Ia sekali gus sesuai untuk ditunggang untuk di bandar dan melayan selekoh.

Pada masa sama, ia menggunakan sistem suspensi seperti fork hadapan Showa DBV (Dual Bending Valve), dan penyerap hentakan berkembar dengan tetapan pra-muatan.

 

Kuasa hentiannya pula menggunakan angkup brek empat omboh di hadapan, manakala omboh tunggal di belakang. Ia juga dibantu ciri keselamatan seperti ABS dua saluran, kawalan cengkaman serta drag-torque slip control.

Ia juga dipadankan rim 19 inci di depan dengan dibaluti tayar 100/90, manakala 150/80 untuk rim belakang dimensi 16 inci.

Di tengah-tengah Nightster, ia menggunakan rangkaian kuasa Revolution® Max 975T baharu. Ia adalah enjin V-Twin 60 darjah penyejuk cecair dengan bersesaran 975 cc. Ia menyalurkan kuasa setinggi 89 hp pada 7,500 rpm dan tork 95 Nm pada 5,750 rpm.

Nightster 2022 ditawarkan dalam warna Vivid Black, Gunship Grey dan Redline Red yang mana ia dijual bermula RM93,900.

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here