Nissan Skyline R32 yang viral guna liveri PDRM, disita pihak polis

1418

Nissan Skyline R32 yang mengubahsuai dengan menggunakan liveri Polis Diraja Malaysia (PDRM) disita pihak polis kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kenderaan berkenaan menerusi satu video Tik Tok berdurasi 13 saat yang menyertai pameran kenderaan di Serdang, Selangor.

Menurutnya, susulan itu, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang ke lokasi pameran kira-kira pukul 10.30 malam untuk menjalankan siasatan dan menahan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun yang juga pemilik kereta terbabit.



“Pihak polis menyita sebuah Nissan Skyline R32 yang mempunyai lambang dan corak menyerupai kenderaan milik pasukan polis, serangkai kunci dan sekeping slip penyertaan pameran,” katanya.

Menurutnya, lelaki yang ditahan bekerja sebagai penjual aksesori kereta dan pemeriksaan lanjut mendapati kereta itu mempunyai cukai jalan yang sah dan digunakan oleh suspek.

“Lelaki berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki barangan yang dibekalkan kepada PDRM untuk menjalankan tugas,” katanya

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here