
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan Yamaha YZF-R9 baharu ke pasaran tempatan pada harga cadangan RM68,000 seunit.
Bakal berada di semua pengedar sah Yamaha BLU Universe bermula Januari 2027, berikut ciri peralatan yang ditawarkan pada jentera berkenaan :
- Dijana oleh enjin 890cc tiga silinder sebaris, DOHC, penyejukan cecair yang menghasilkan kuasa 87.5kW @ 10,000rpm dan tork 93.0Nm @ 7,000 rpm.
- Ia dilengkapi dengan rangka Deltabox aluminium tuangan graviti yang paling ringan pernah digunakan dalam model supersport Yamaha sekaligus menjadikan berat YZF-R9 hanya 9.7kg.
- Posisi tunggang yang dioptimumkan serta permukaan sentuhan badan yang lebih luas menyumbang kepada pengendalian yang lancar serta keselesaan pada kelajuan harian.
- Menggunakan kaliper brek Brembo Stylema yang ringan pada bahagian hadapan sekaligus menawarkan kestabilan serta tindak balas yang konsisten terutamanya ketika membrek dengan kuat atau secara berterusan.
- Yamaha YZF-R9 dilengkapi fork hadapan terbalik KYB 43 mm generasi baharu dengan pelarasan penuh serta penyerap hentak belakang yang turut boleh dilaraskan sepenuhnya. Sistem ini membolehkan kawalan ‘damping’ yang tepat, tindak balas suspensi yang responsif serta kestabilan lebih baik.
- Dilengkapi dengan winglet inspirasi MotoGP yang membantu mengurangkan daya angkat pada bahagian hadapan
serta meningkatkan cengkaman tayar hadapan pada permukaan jalan dan kestabilan. - Sistem IMU enam paksi berteknologi tinggi membolehkan fungsi bantuan penunggang yang peka terhadap sudut kecondongan motosikal, termasuk ‘Traction Control’, Slide Control’, ‘Lift Control’ dan ‘Brake Control’.
- Sistem Yamaha ‘Ride Control’ menawarkan tetapan yang boleh disesuaikan mengikut pelbagai keadaan tunggangan.
- Sementara itu, sistem ‘Launch Control’ berorientasikan perlumbaan membolehkan penunggang memulakan pecutan dari keadaan pegun dengan pantas dan cekap.
- Supersport itu juga didatangkan dengan paparan TFT 5-inci berwarna yang menawarkan empat tema paparan dan mod ‘Track’ khusus yang memaparkan maklumat tunggangan di litar termasuk masa pusingan.
- Ditawarkan dalam warna Icon Blu, YZF-R9 juga didatangkan dengan aplikasi Y-TRAC Rev.





























