Utama Berita Automotif HLYM tawar warna baharu YZF-R25, harga RM23,098

HLYM tawar warna baharu YZF-R25, harga RM23,098

7

Hong Leong Yamaha Motor memperkenalkan dua pilihan warna baharu bagi YZF-R25 iaitu Icon Blue yang merupakan seragam ikonik Yamaha yang menyerlahkan DNA perlumbaan R-Series serta Mint Green.

Dijual pada harga cadangan RM23,098 seunit, Yamaha YZF-R25 (2026) dengan pilihan warna baharu itu sudahpun boleh didapati di pusat jualan sah Yamaha.

Yamaha YZF-R25 menampilkan rekaan terkini berinspirasikan DNA R-Series, menggabungkan prestasi dan gaya sporty dalam pakej yang lebih agresif dan moden.

Dikuasakan oleh enjin 249cc dua silinder selari DOHC, ia menghasilkan kuasa 26.4 kW @ 12,000 rpm dan tork 22.6Nm @ 10,000 rpm.

Bagi meningkatkan pengalaman tunggangan, YZF-R25 dilengkapi dengan pelbagai ciri seperti:

  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk keselamatan tambahan
  • Lampu LED penuh untuk pencahayaan lebih jelas dan gaya moden
  • Rekaan tempat duduk dan panel sisi lebih tirus bagi ergonomik yang lebih baik serta memudahkan kaki mencecah tanah
  • Assist & Slipper Clutch (A&S) untuk penukaran gear yang lebih lancar
  • Keserasian Y-Connect untuk sambungan pintar antara motosikal dan telefon pintar

Dengan gabungan prestasi, teknologi dan gaya yang diinspirasikan daripada jentera perlumbaan, Yamaha YZF-R25 terus menjadi pilihan utama dalam segmen motosikal sport ringan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here