
Selepas sekian lama ditunggu, model naked retro sport Yamaha XSR155 2026 akhirnya tiba di pasaran Malaysia.
Model ini tersedia pada harga RM12,998, tidak termasuk insurans, dan dijangka berada di bilik pameran pengedar rasmi mulai suku keempat tahun ini.


Tiga pilihan warna ditawarkan :
- Malar Green
- Classic Silver
- Royal Black
XSR155 dijana enjin 1-silinder 155cc SOHC, penyejukan cecair dengan teknologi VVA dan dipadankan transmisi 6-kelajuan dengan klac Assist & Slipper.
Enjin ini mampu menjana kuasa 18.9 hp @ 10,000 rpm dan tork 14.4 Nm @ 8,500 rpm.
Gabungan enjin berteknologi tinggi dengan karakter retro menjadikan XSR155 pilihan unik bagi penunggang yang mahukan prestasi moden dengan rupa klasik.
XSR155 dibina atas kerangka Deltabox yang terkenal dengan kestabilan dan pengendalian tajam.



Bahagian suspensi pula terdiri daripada fork USD di hadapan dan monoshock dengan pelarasan pra-beban di belakang.
Ia dipadankan rim aloi 17 inci dengan tayar 110/70 depan dan 140/70 belakang.
Sistem brek cakera hadapan dan belakang turut dilengkapi ABS dwi-saluran+ sebagai ciri keselamatan standard.
Berbeza dengan kapcai biasa, XSR155 hadir dengan tangki bahan api konvensional berkapasiti 10 liter yang terletak di bahagian atas, memberikan siluet klasik sebenar sebuah sport heritage.
Lampu hadapan dan belakang menggunakan teknologi LED sepenuhnya, manakala panel meter pula berbentuk bulat dengan paparan LCD digital yang memadankan tema retro-modern motosikal ini.
Berat keseluruhan motosikal ini ialah 137 kg.


Yamaha turut menawarkan jaminan 2 tahun atau 20,000 km untuk pasaran Malaysia.
Dengan gabungan gaya retro, enjin berkuasa dan komponen berkualiti, Yamaha XSR155 2026 disasarkan untuk menarik golongan penunggang muda dan peminat modifikasi yang mencari jentera blank canvas untuk kepuasan peribadi.




