Utama Berita Automotif Langgar pembahagi jalan, roda belakang BYD Atto 1 tercabut

Langgar pembahagi jalan, roda belakang BYD Atto 1 tercabut

6

Satu lagi kemalangan melibatkan kenderaan elektrik (EV) tular di media sosial Indonesia apabila sebuah hatchback kompak, BYD Atto 1, mengalami detik cemas selepas roda bahagian belakang tercabut di Jalan Ring Road berhadapan susur keluar tol Kapuk, Jakarta Barat pada Isnin lalu.

Kejadian yang berlaku sebelum insiden Jaecoo J5 EV itu memperlihatkan kenderaan berkenaan tersadai di bahu jalan dengan bahagian rim belakang terkeluar dari gerbang roda. 

“Saya Ingat Benda Biasa, Tiba-Tiba Roda Tertanggal!”

Pemilik kenderaan terbabit, Endang mendedahkan bahawa sebelum kejadian itu kenderaannya sempat terlanggar pembahagi jalan. 

Meskipun begitu, dia mendakwa kenderaan berkenaan masih berupaya bergerak seperti biasa untuk seketika sebelum roda belakangnya tercabut di tengah jalan raya.

“Saya masih jalan, kira-kira satu atau 2km ya. Nah dari situ tiba-tiba, brak-brak, gitu aja langsung coplok (tercabut),” kongsinya. 

Petugas yang berada di lokasi kejadian bertindak pantas meminggirkan kenderaan tersebut ke tempat selamat sebelum memanggil trak tunda bagi mengangkutnya ke bengkel terdekat.

BYD Motor Indonesia Tampil Beri Penjelasan

Susulan video tular berkenaan, pihak PT BYD Motor Indonesia melalui pasukan perkhidmatan selepas jualan bertindak pantas mengambil langkah susulan bagi mengendalikan kes berkenaan serta mengelakkan kekeliruan awam.

Hasil siasatan awal mengesahkan bahawa insiden roda tertanggal itu berpunca daripada impak hentaman keras pada pembahagi jalan sebelum itu.

Pihak PT BYD Motor Indonesia menegaskan bahawa pasukannya kini sedang berkoordinasi rapat dengan pihak syarikat pemilik unit kenderaan berkenaan bagi mendapatkan maklumat terperinci menerusi pemeriksaan teknikal lengkap ke atas struktur kenderaan tersebut.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here