#GIIAS2025 : BYD Atto 1 rasmi lancar di Indonesia, harga mula RM52k

55

BYD Indonesia rasmi melancarkan Atto 1 (Seagull) pada acara Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2025.

Negara jiran itu menerima dua pilihan varian iaitu :

  • Premium (380km) : IDR 235 juta (RM63,450)
  • Dynamic (300km) : IDR 195 juta (RM52,650)  

Kereta elektrik (EV) kompak itu memiliki panjang 3,780mm, lebar (1,715mm), tinggi (1,540mm) dan jarak roda 2,500mm.

Varian Dynamic didatangkan dengan bateri Blade 30.08 kWh dengan output 55kW dan tork 135Nm serta kelajuan maksimum 130kmj.

Sementara versi premium hadir dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 38.88 kWh dengan output yang sama dengan versi Dynamic.

Menggunakan e-Platform 3.0, BYD Atto 1 didatangkan dengan standard keselamatan tertinggi yang menghadirkan sistem enam beg udara. 

Antara ciri peralatan yang ditawarkan termasuklah skrin infotainmen 10.1 inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto; rim 16-inci, lampu kabus di belakang, ruang simpanan belakang 230 liter, kemasan kerusi kulit sintetik, pengecas telefon tanpa wayar, perintah suara, V2L dan lampu LED serta kluster instrumental 7-inci.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here