
Mitsubishi Destinator merupakan SUV tujuh kerusi yang melakukan debut di Indonesia pada Julai lalu.
Pada acara Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2025, Mitsubishi Motors Indonesia rasmi mengumumkan harga Destinator menerusi varian :
- Ultimate Premium : IDR 495 juta (RM133,650)
- Ultimate : IDR 465 juta (RM125,550)
- Exceed : IDR 405 juta (RM109,350)
- GLS : IDR 385 juta (RM103,950)
Mitsubishi Destinator menggunakan rekaan khas “Dynamic Shield” yang dipadukan dengan lampu bentuk T di depan dan belakang dengan pencahayaan LED.
Ia kemudian dilengkapi dengan rel bumbung aktif yang memiliki rekaan tiang ikonik meningkatkan aerodinamk bersama rim dua rona warna 18 inci.
Rekaan belakang menampilkan konsep Hexaguard Horizon, motif heksagonal yang terinspirasi oleh tayar simpanan di bahagian belakang Mitsubishi Pajero.
SUV itu menawarkan ruang kabin yang lapang dengan konfigurasi tiga barisan kerusi yang mampu menampung tujuh penumpang.
Varian Ultimate dilengkapi dengan bumbung suria dan turut tersedia 64 pilihan warna lampu ambien pada papan pemuka dan kemasan pintu depan/belakang.
Varian Ultimate didatangkan dengan skrin 12.3 inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto manakala varian lainnya dilengkapi skrin 8 inci atau 4.2 inci (GLS).
Kluster instrumen pula didatangkan dengan versi digital bersaiz 8-inci (Ultimate, Exceed) atau 4.2 inci (GLS).
Destinator didatangkan dengan enjin 1.5 liter turbo MIVEC berkuasa 161PS dan tork 250Nm bersama transmisi CVT serta mod pemanduan Wet, Tarmac, Normal, Gravel, dan Mud.