Utama Berita Automotif Mazda CX-5 generasi ketiga rasmi lancar, harga RM169,900

Mazda CX-5 generasi ketiga rasmi lancar, harga RM169,900

15

Bermaz Motor secara rasmi memperkenalkan Mazda CX-5 generasi ketiga yang meneruskan legasi SUV popular itu sejak diperkenalkan pada 2012.

Dengan jualan global melebihi 5 juta unit, CX-5 kekal sebagai antara model terpenting Mazda yang terkenal dengan gabungan reka bentuk Kodo, teknologi SkyActiv serta pengalaman pemanduan yang menekankan hubungan antara pemandu dan kenderaan atau Jinba Ittai.

Mazda CX-5 serba baharu mengekalkan identiti reka bentuk sedia ada namun didatangkan dengan penampilan lebih tegap dan moden menerusi dimensi lebih besar, jarak roda lebih panjang serta profil badan lebih lebar.

Bahagian hadapan menerima pembaharuan menerusi lampu utama baharu, gril Signature Wing yang direka semula dan bukaan bampar lebih luas bagi menonjolkan karakter premium dan dinamik. 

Di bahagian belakang pula dilengkapi grafik lampu LED baharu bersama tulisan MAZDA menggantikan logo konvensional bagi menampilkan imej lebih moden.

Ruang dalaman pula menampilkan konsep minimalis berinspirasikan falsafah Jepun Ma yang menekankan keseimbangan ruang dan keselesaan bahkan membolehkan ruang penumpang belakang diperluas hasil jarak roda yang panjang selain ruang kargo lebih praktikal untuk kegunaan harian keluarga.

Ciri peralatan yang ditawarkan pada Mazda CX-5 :

  • Rim aloi 19 inci rekaan baharu
  • Paparan infotainmen 12.9 inci
  • Kluster instrumen digital 10.25 inci
  • Ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar
  • Pengecas telefon tanpa wayar Qi
  • Port USB-C
  • Sistem audio BOSE dengan 12 pembesar suara
  • Lampu ambien tujuh pilihan warna
  • Monitor Pandangan 360 Darjah dengan fungsi See Through View

Selain itu, aspek keselesaan turut dipertingkat dengan tambahan :

  • Ruang lutut belakang sebanyak 64mm
  • Ruang kepala belakang 29mm
  • Bukaan pintu belakang lebih luas 70mm
  • Ruang kargo dipanjangkan 45mm
  • Tempat duduk hadapan rekaan ergonomik baharu dengan perehat tangan lebih panjang

SUV tersebut dikuasakan enjin SkyActiv-G 2.5 liter empat silinder aspirasi semula jadi berkuasa 185hp dan tork maksimum 257Nm dengan transmisi automatik enam kelajuan serta Sistem G-Vectoring Control Plus (GVC Plus).

Ia turut menampilkan struktur badan keluli tegangan tinggi yang dipertingkat serta sistem suspensi baharu bagi keselesaan pemanduan lebih baik.

Bagi aspek keselamatan, CX-5 serba baharu dilengkapi rangkaian teknologi bantuan pemandu i-Activsense termasuk:

  • Adaptive LED Headlights (ALH)
  • Blind Spot Monitoring (BSM)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Front Cross Traffic Alert (FCTA)
  • Lane Departure Warning System (LDWS)
  • Lane Keep Assist System (LAS)
  • Driver Attention Alert (DAA)
  • Driver Monitoring (DM)
  • Smart Brake Support (SBS)
  • Emergency Lane Keeping (ELK)
  • Mazda Radar Cruise Control (MRCC)
  • Cruising & Traffic Support (CTS)

Model import (CBU) dari Hiroshima, Jepun itu dijual menerusi satu pilihan varian iaitu Mazda CX-5 2.5G High pada harga RM169,900.

Setiap pembelian disertakan waranti pengeluar selama lima tahun serta program penyelenggaraan percuma selama lima tahun atau 100,000 kilometer (km), yang meliputi kos alat ganti, buruh dan pelincir tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan Mazda Malaysia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here