Utama Berita Automotif Denza B5 tarik Boeing 747 guna 2-roda kiri sahaja

Denza B5 tarik Boeing 747 guna 2-roda kiri sahaja

1

Pengeluar kenderaan elektrik (EV) gergasi China, BYD sekali lagi menggemparkan dunia automotif antarabangsa apabila SUV mewah, Denza B5 (Fang Cheng Bao Bao 5) berjaya menarik sebuah pesawat komersial Boeing 747 seberat 180 tan.

Sekali gus mengulangi pencapaian ikonik yang pernah dilakukan oleh Volkswagen Touareg suatu ketika dahulu.

Namun, aksi ekstrem yang diaturkan di litar ujian Dunsfold Aerodrome, Surrey, United Kingdom itu tampil dengan kelainan luar biasa apabila jentera berkenaan dipandu menggunakan hanya dua roda di bahagian kiri bagi menunda pesawat terbabit menggunakan bar tunda tegar. 

Cabaran Ekstrem: Tanggalkan Dua Roda Kanan & Tambah Beban 4,500kg

Dalam ujian berperingkat yang dilakukan oleh pasukan jurutera BYD, jentera standard B5 itu diuji tanpa sebarang modifikasi mekanikal utama bagi membuktikan ketahanan sebenar struktur casis serta rangkaian kuasanya:

  • Percubaan Pertama (3 Roda): Selepas larian awal empat roda, B5 menarik Boeing 747 tersebut dengan hanya tiga roda berserta beban tambahan seberat 2,000kg dimuatkan ke dalam kabin, menjadikan beban tarikan bersamaan 60 tan bagi setiap roda.
  • Percubaan Seterusnya (2 Roda Kiri Sahaja): Jurutera bertindak menanggalkan kedua-dua roda di sebelah kanan dan meningkatkan beban pemberat dalam kabin kepada 4,500kg, melonjakkan tekanan beban kepada 90 tan bagi setiap roda yang tinggal.

Meskipun kehilangan separuh daripada rodanya, Denza B5 tetap utuh dan berjaya menunda pesawat 180 tan berkenaan sejauh 1,600 meter secara keseluruhan selepas tiga kali percubaan.

Suspensi Hidraulik DiSus-P & Casis Keluli 96 Peratus

Kejayaan itu disokong oleh seni bina bateri bersepadu ke casis dengan penggunaan 96 peratus keluli berkekuatan tinggi pada kerangka badan, selain sokongan sistem suspensi hidraulik pintar DiSus-P yang membolehkan pelarasan jarak kelegaan tanah sebanyak 140 mm serta kapasiti beban sehingga 9 tan.

 

Denza B5 menggunakan sistem plug in hibrid DM-O (Dual Mode Off-road) yang menggabungkan enjin petrol 1.5 liter turbo dengan kuasa 135 kW (181 hp).

Ia dipadankan dengan dua motor elektrik berkuasa 200 kW (268 hp) di hadapan dan285 kW (382 hp) di belakang lalu menghasilkan output gabungan keseluruhan sistem sebanyak 400 kW (536 hp) dan tork maksimum 760 Nm.

 

Dari sudut teknikal, sistem plug-in hybrid DM-O pada B5 tidak mempunyai sambungan aci pacu mekanikal antara gandar hadapan dan belakang.

Ini bermakna kuasa tidak boleh dipindahkan secara mekanikal sekiranya salah satu gandar hilang cengkaman sepenuhnya.

Oleh sebab itu, menanggalkan dua roda di satu sisi kiri/kanan membolehkan motor hadapan dan belakang terus menyalurkan daya tarikan seimbang berbanding menggunakan kedua-dua roda hadapan atau belakang ditanggalkan serentak.

Di pasaran United Kingdom, SUV PHEV berprestasi tinggi itu ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu Elegance pada harga GBP 70,345 (RM378,948) dan varian tertinggi Ultimate berharga GBP 79,725 (RM429,478).

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here