Utama Berita Automotif Lelaki ditahan hisap vape dalam komuter

Lelaki ditahan hisap vape dalam komuter

2
 
Tindakan seorang penumpang lelaki yang menghisap rokok elektronik (vape) di dalam gerabak tren Komuter mengundang padah apabila diberkas anggota Polis Bantuan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Stesen Arau, pada Rabu.
 

Menurut kenyataan, anggota Polis Bantuan di Stesen Arau menerima laporan berkaitan kejadian tersebut pada jam 8.16 malam ketika tren sedang dalam perjalanan dari Stesen Sungai Petani menuju ke Arau.

“Sebaik sahaja tren tiba di Stesen Arau, pihak KTMB menahan lelaki berkenaan dan membawanya ke Pejabat Polis Bantuan di stesen tersebut.
 
“Peranti vape yang disyaki mengandungi bahan dikenali sebagai “Piu Piu” turut ditemui,” menurut kenyataan pada Khamis.
 
Polis Bantuan KTMB kemudian menghubungi pihak polis dan lelaki berkenaan dibawa ke Balai Polis Arau untuk siasatan lanjut.
 
KTMB menasihatkan penumpang agar tidak merokok atau menggunakan vape di stesen mahupun di dalam tren.
 
“Orang awam yang menyaksikan sebarang kejadian mencurigakan atau pelanggaran peraturan diminta segera memaklumkan perkara tersebut kepada petugas tren, kakitangan stesen, menghubungi talian 24 jam Polis Bantuan KTMB di 03-2263 1194, atau melaporkannya terus kepada pihak PDRM,” jelasnya. 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here