Utama Berita Automotif KMTB tangkap dua suspek curi kabel 2.5mm

KMTB tangkap dua suspek curi kabel 2.5mm

24
Pasukan Polis Bantuan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam cubaan mencuri kabel di kawasan landasan kereta api di Shah Alam, pada Selasa.
 
Menurut kenyataan, suspek ditemukan dalam keadaan mencurigakan dan dipercayai memotong kabel di laluan tersebut.
 
“Suspek cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota, namun berjaya ditahan. Pemeriksaan lanjut di sekitar lokasi turut menemukan seorang lagi suspek yang sedang bersembunyi berhampiran tempat kejadian.
 
“Beberapa barangan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan tersebut turut dirampas, termasuk alat pemotong kabel, playar, gunting dan pisau. Pemeriksaan oleh wakil Bahagian Semboyan KTMB mengesahkan kabel berukuran 2.5 mm telah dipotong,” jelasnya.
 
Susulan tangkapan berkenaan kedua-dua suspek bersama barang kes diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut.
 
Menurut pihak KTMB, perbuatan menceroboh kawasan landasan dan merosakkan harta benda kereta api merupakan kesalahan serius di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).
 
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang aktiviti mencurigakan di kawasan landasan diminta menghubungi Pusat Pengumpulan dan Penyaluran Maklumat Polis Bantuan KTMB di talian 03-2263 1194 (24 jam) atau memaklumkan kepada PDRM untuk tindakan segera.
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here