Utama Berita Automotif Tiga jenama China tembusi 10 teratas pasaran global

Tiga jenama China tembusi 10 teratas pasaran global

4

Tiga syarikat kenderaan dari China berjaya menembusi senarai 10 pengeluar automotif global berdasarkan pegangan pasaran pada separuh pertama (H1) 2026, menurut laporan Setiausaha Agung Persatuan Kereta Penumpang China (CPCA).

CPCA menyatakan bahawa jenama domestik China telah menunjukkan peningkatan kehadiran yang sangat ketara di peringkat global dalam tempoh 10 tahun ke belakangan ini.

Berdasarkan perkongsian data Cui Dongshu, BYD menduduki tempat keenam dengan pegangan pasaran global melonjak daripada 0.6 peratus pada 2016 kepada 4.8 peratus pada H1 2026.

Pada tahun lalu, BYD merekodkan pegangan pasaran global yang lebih besar iaitu sebanyak 5.4 peratus. Namun, tahun ini BYD berdepan cabaran susulan penurunan jualan pasaran domestik.

Menurut China EV DataTracker, BYD menyerahkan sebanyak 795,169 unit kenderaan pada H1 2026 di China, iaitu penurunan sebanyak 45.9 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya. 

Sementara itu, Geely Holding Group pula menduduki tempat ke-7 dengan pegangan pasaran sebanyak 4.6 peratus pada H1 2026 manakala pada tahun 2016 ia memiliki pegangan pasaran 1.5 peratus.

Rekod pegangan pasaran itu turut merangkumi statistik daripada jenama Volvo, Smart, Polestar, Lotus, Proton, serta jenama-jenama lain di bawah kawalan Geely.

Manakala, Chery berada di tangga ke-9 dengan pegangan pasaran global sebanyak 4.1 peratus diikuti jenama Amerika Syarikat, Ford di posisi ke-10. 

Sepuluh tahun lalu, Chery hanya mencatatkan pegangan pasaran sebanyak 0.8 peratus. Walau bagaimanapun, jenama ini dianggap sebagai syarikat eksport kereta utama dari China.

Pengeluar kereta China yang lain dalam senarai tersebut termasuklah SAIC menduduki tempat ke-11 dengan pegangan pasaran sebanyak 3.7 peratus diikuti Changan (1.9%) dan GWM (1.8%) masing-masing di posisi ke-17 dan 18.

Toyota pula kekal sebagai pengeluar automotif terbesar dari segi pegangan pasaran pada H1 2026 dengan menguasai 11 peratus pasaran global.

Volkswagen mengikuti di tempat kedua dengan pegangan pasaran 8.1 peratus dan Hyundai-Kia menduduki tempat ke-3 dengan pegangan pasaran 7.6 peratus.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here