Utama Berita Automotif Polis bantuan KTMB berkas lelaki curi kabel ATP

Polis bantuan KTMB berkas lelaki curi kabel ATP

26
Tindakan pantas anggota Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Polis Bantuan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel di KM33.746, laluan Klang – Bukit Badak pada Ahad.
 
Suspek yang dikesan dalam keadaan mencurigakan di kawasan landasan cuba melarikan diri sebelum berjaya ditahan oleh anggota yang sedang menjalankan rondaan di kawasan hotspot kecurian kabel.
 
Menurut kenyataan, hasil pemeriksaan menemui segulung kabel sepanjang kira-kira 10 meter, dua klip landasan milik KTMB serta beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk memotong kabel.
 
“Pemeriksaan lanjut di lokasi turut mendapati kabel sistem ATP (Automatic Train Protection) telah dipotong.
 
“Suspek diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah  Klang Selatan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” jelasnya.
 
Pihak KTMB menegaskan perbuatan menceroboh dan merosakkan harta benda kereta api merupakan kesalahan serius di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463) dan ⁠Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).
 
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di kawasan landasan diminta menghubungi Pusat Pengumpulan & Penyaluran Maklumat Polis Bantuan KTMB di talian 03-2263 1194 (24 jam) atau memaklumkan kepada pihak PDRM bagi tindakan segera,” ujarnya. 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here