
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kulim, Kedah menyita sebuah lori rigid Luton kotak selepas didapati tidak memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan tanpa Lesen Vokasional (GDL) dalam operasi penguatkuasaan di Jalan Kelang Lama.
Menurut kenyataan, hasil pemeriksaan turut mendapati kenderaan tersebut telah tamat tempoh, walaupun kenderaan masih mempunyai perlindungan insurans.
“Semakan lanjut melalui sistem turut mendapati terdapat 48 saman aktif melibatkan syarikat dan pemandu yang masih belum dijelaskan.
“Susulan itu, lori berkenaan disita dan dibawa ke depoh sitaan JPJ untuk tindakan lanjut,” jelasnya.
JPJ turut menasihatkan pemilik syarikat dan pemandu kenderaan perdagangan supaya memastikan semua dokumen serta pemeriksaan kenderaan sentiasa sah sebelum berada di jalan raya.































