Utama Berita Automotif Isu MyEG : Polis buka kertas siasatan

Isu MyEG : Polis buka kertas siasatan

10

Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung dakwaan kegagalan memindahkan kutipan hasil kerajaan bernilai RM230.9 juta melibatkan syarikat My EG Sdn Bhd (MyEG) dan Zetrix AI Berhad.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Rusdi Mohd Isa berkata ia susulan pihaknya menerima laporan polis pada 7 Oktober lalu berhubung transaksi kewangan hasil kerajaan melibatkan kedua-dua syarikat.

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan. 

“Setakat ini, seramai enam saksi telah diambil keterangan bagi membantu siasatan. Beberapa individu lain akan turut dipanggil untuk diambil keterangan,” jelasnya menerusi kenyataan media.

Tambah beliau, pihak JSJK telah menerima dan meneliti dokumen-dokumen berkaitan yang mana didapati terlibat dalam sebarang perlakuan jenayah akan diambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang berkuat kuasa.

PDRM komited untuk memastikan setiap siasatan dijalankan secara bebas, telus, profesional dan berlandaskan undang-undang. 

Pihak berkuasa turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung siasatan yang sedang dijalankan. 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here