Utama Berita Automotif GWM rai ulang tahun ke-empat, anjur GWM GATEWAY 2026

GWM rai ulang tahun ke-empat, anjur GWM GATEWAY 2026

1

GWM meraikan ulang tahun keempatnya di Malaysia tahun ini dengan penuh gemilang menerusi penganjuran pameran jenama dan teknologi pertamanya, GWM GATEWAY 2026.

Pameran itu berlangsung dari 20 hingga 22 November lalu di Piazza, Pavilion Bukit Jalil.

Acara itu menghimpunkan barisan model semasa, model akan datang, keupayaan kejuruteraan serta komuniti pemilik GWM buat pertama kali di Malaysia, selain menawarkan pelbagai ganjaran menarik dan model edisi khas.

Tumpuan utama pameran tiga hari itu ialah ORA 5 HEV yang dipasang secara tempatan.

Dengan siaran langsung pelancarannya merekodkan lebih tiga juta tontonan, SUV hibrid kompak itu telah menerima lebih 800 tempahan.

Dijual pada harga RM106,800, ORA 5 HEV menggabungkan enjin petrol empat silinder turbo 1,499cc dengan motor elektrik dan Transmisi Hibrid Khusus (DHT) dua kelajuan, menghasilkan output keseluruhan 223 PS dan 476 Nm serta penggunaan bahan api 4.4 liter bagi setiap 100 kilometer (22.7 kmpl).

Penyanyi, pelakon dan usahawan, Alif Satar menerima kunci ORA 5 sehari selepas pelancarannya, sekali gus menjadi pemilik pertama SUV itu di Malaysia.

Antara sorotan utama lain GWM GATEWAY 2026 ialah:

  • Siri perbincangan secara langsung yang memberi peluang kepada pengunjung dan penonton dalam talian untuk berinteraksi terus dengan jurutera GWM dan pakar automotif, merangkumi teknologi hibrid, keputusan pembelian kereta dan pemilikan kenderaan
  • Pelajar CARSOME Academy Malaysia menyertai sesi khas untuk mendalami bidang kejuruteraan automotif
  • Pemilik GWM berkongsi pengalaman mereka, daripada pemanduan harian hingga perjalanan sejauh 23,000 kilometer ke Xinjiang dengan TANK 500 HEV
  • Pengunjung bertemu personaliti ERA dan MY FM, menyertai bengkel fotografi Sony serta membawa pulang cenderamata peribadi menerusi GWM Made for You
  • GWM Malaysia turut menganjurkan Majlis Penghargaan Pemilik bagi menghargai pelanggan yang bersama jenama itu sepanjang empat tahun pertama di negara ini

“Setiap pelanggan yang memilih GWM meletakkan kepercayaan kepada kami. Kami memandang serius perkara itu dan akan terus berusaha memudahkan akses kepada perkhidmatan, menambah baik ketersediaan alat ganti serta menyokong pelanggan kami walaupun selepas mereka membawa pulang kenderaan mereka,” kata Ketua Pegawai Operasi GWM Malaysia, Roslan Abdullah.

“Sepanjang empat tahun lalu, kami semakin memahami apa yang dicari rakyat Malaysia dalam sesebuah kereta. Di GWM GATEWAY, kami dapat menunjukkan apa yang dimaksudkan itu secara praktikal,” kata Pengarah Urusan Operasi Komersial GWM Malaysia, Stan Li Hao.

GALERI:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here