
Penumpang perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi laluan Komuter dan ETS mengalami kelewatan kritikal susulan insiden alat talian atas terputus akibat kerja pembinaan kontraktor luar.
Kejadian berlaku di atas landasan antara laluan Batang Benar dan Labu selepas alat binaan milik kontraktor Jabatan Kerja Raya (JKR) terjatuh di kawasan berkenaan dipercayai dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan rasmi pihak KTMB.
Menurut kenyataan, perkhidmatan KTM Komuter dari Pulau Sebang ke KL Sentral akan tamat di Stesen Seremban dan bermula di Stesen Bangi bagi meneruskan perjalanan ke Stesen KL Sentral / Batu Caves.
“Bagi perkhidmatan ETS yang terkesan, aturan bas perantara disediakan di KL Sentral, Kajang, Bandar Tasik Selatan dan Seremban.
Sementara itu, penumpang ETS yang memilih untuk tidak meneruskan perjalanan dari stesen permulaan, pemulangan tambang penuh akan diberikan.
Berdasarkan maklumat setakat jam 11.30 pagi tadi, kerja-kerja baik pulih sedang giat dilakukan dan jangkaan baik pulih selesai pada jam 10 malam.
“Para penumpang dinasihatkan untuk merancang perjalanan serta mendapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi KTMB dari semasa ke semasa dan sila rujuk kakitangan stesen yang bertugas.
































