Utama Berita Automotif Perodua Axia pintas Bezza dan Saga pada Okt 2026, Toyota Hilux tembus...

Perodua Axia pintas Bezza dan Saga pada Okt 2026, Toyota Hilux tembus top 10!

6
Persaingan Saga, Bezza dan Axia

Carta pendaftaran kenderaan tanah air bagi bulan Oktober 2026 sekali lagi menyajikan kejutan menarik dengan perubahan di takhta bulanan.

Kali ini, giliran Perodua Axia pula melonjak ke hadapan untuk merampas kedudukan paling banyak didaftarkan daripada Proton Saga dan Perodua Bezza.

Perodua Bezza kekal mendahului carta pendaftaran terkumpul (YTD) secara selesa.

Namun, lonjakan Axia pada Oktober membuktikan permintaan model segmen-A kekal kukuh menjelang penghujung tahun.

Pada masa sama, carta pendaftaran keseluruhan menyaksikan kemasukan semula trak pikap Toyota Hilux ke dalam kelompok 10 model terlaris.

Jenama dari China, Jetour, turut meneruskan momentum cemerlang apabila berjaya memintas Mitsubishi.

Axia Pintas Bezza dan Saga!

Selepas terpaksa akur di tangga ketiga bulanan pada September lalu, Perodua Axia bangkit bertenaga dengan merekodkan 8,035 unit pendaftaran pada Oktober 2026.

Angka tersebut membolehkan Axia memintas Perodua Bezza (7,714 unit) dan menolak juara bulan lalu, Proton Saga (7,312 unit), ke tangga ketiga pendaftaran bulanan.

Berikut adalah angka pendaftaran bulanan bagi tiga model teratas pada Oktober 2026:

  • Perodua Axia: 8,035 unit(September: 7,678 unit)
  • Perodua Bezza: 7,714 unit(September: 7,779 unit)
  • Proton Saga: 7,312 unit(September: 8,671 unit)

Di peringkat pendaftaran terkumpul (YTD), Bezza masih utuh di tangga No. 1 keseluruhan dengan 81,190 unit.

Proton Saga pula kekal di tangga No. 2 dengan catatan 75,350 unit, menjadikan jurang antara kedua-duanya sebanyak 5,840 unit.

Sementara itu, Perodua Axia terus kukuh di tangga No. 3 dengan jumlah 67,858 unit.

Toyota Hilux Tembus Top 10, Honda City Terkeluar!

Kejutan terbesar dalam senarai model terkumpul (YTD) menyaksikan trak pikap Toyota Hilux berjaya menembusi tangga ke-10 keseluruhan dengan jumlah 19,135 unit.

Kemasukan Hilux ini secara langsung menyingkir sedan segmen-B, Honda City (September: 16,883 unit), daripada kelompok 10 teratas.

Kedudukan tersebut dijangka berubah sekali lagi selepas kedua-dua City sedan dan City hatchback rupa baharu berada di atas jalan.

Perodua Ativa terus mengukuhkan cengkaman di tangga ke-9 YTD selepas menambah pendaftaran bulanan yang tinggi untuk mencecah 20,689 unit secara keseluruhan.

10 Model Paling Banyak Didaftarkan di Malaysia (YTD Oktober 2026):

  1. Perodua Bezza: 81,190 unit
  2. Proton Saga: 75,350 unit
  3. Perodua Axia: 67,858 unit
  4. Perodua Myvi: 47,834 unit
  5. Perodua Alza: 33,473 unit
  6. Proton S70: 26,064 unit
  7. Proton e.MAS 5: 22,589 unit
  8. Proton X50: 21,721 unit
  9. Perodua Ativa: 20,689 unit
  10. Toyota Hilux: 19,135 unit

Jetour Pintas Mitsubishi Ke Tangga Ke-6!

Bagi kedudukan pengeluar (YTD Oktober 2026), Perodua (276,042 unit) dan Proton (172,322 unit) kekal tidak tergugat di dua kedudukan teratas.

Toyota (95,341 unit), Honda (45,352 unit), dan Chery (24,792 unit) melengkapkan kelompok lima jenama paling popular.

Jetour meneruskan rentak cemerlang apabila berjaya memintas Mitsubishi untuk berada di tangga ke-6 keseluruhan.

  • Jetour (No. 6): 11,033 unit
  • Mitsubishi (No. 7): 11,007 unit
  • Mazda (No. 8): 10,143 unit
  • BYD (No. 9): 8,420 unit

Kejayaan tersebut hadir selepas Jetour memintas BYD pada bulan Ogos dan Mazda pada bulan September lalu.

Jetour kini mendahului Mitsubishi dengan kelebihan sangat tipis sebanyak 26 unit.

Pencapaian Jetour membuktikan penerimaan positif pengguna tempatan terhadap model SUV yang ditawarkan jenama berkenaan selain perakuan terhadap jenama dari China.

Sumber Data: data.gov.my

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here