Utama Berita Automotif Zeekr Sunway buka lounge baharu, caj EV serendah RM1.20/kWh

Zeekr Sunway buka lounge baharu, caj EV serendah RM1.20/kWh

1

Zeekr Sunway mengukuhkan kedudukannya dalam segmen kenderaan elektrik (EV) premium menerusi pembukaan Zeekr Lounge X Park Sunway Serene, di sini, hari ini.

Lounge seluas 1,800 kaki persegi di X Park Sunway Serene itu dilengkapi kemudahan Zeekr Power yang menawarkan sembilan ruang pengecasan DC dengan kapasiti sehingga 480kW, antara yang terpantas di Malaysia.

Melalui kerjasama dengan rakan pengecasan, JomCharge dan DC Handal, pemilik Zeekr menikmati keistimewaan eksklusif termasuk kadar pengecasan istimewa RM1.20/kWh.

Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Trading and Manufacturing, Yeoh Yuen Chee berkata, pembukaan lounge itu menandakan pencapaian penting buat Sunway Marketing dalam usaha memperkukuh kehadiran dalam segmen EV premium.

“Dengan menggabungkan pengalaman Zeekr, kemudahan pengecasan ultra pantas dan kemudahan gaya hidup X Park, kami berhasrat menawarkan destinasi yang lebih selesa dan menarik kepada pelanggan untuk mengenali dan merasai jenama ini,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Zeekr Intelligent Technology Malaysia, Eddy Lu berkata, inisiatif kadar istimewa itu mencerminkan komitmen berterusan Zeekr dalam memperkukuh ekosistem pemilikan EV di Malaysia.

“Ketika komuniti pemilik Zeekr terus berkembang, kami kekal komited meningkatkan pengalaman pemilikan melalui nilai dan kemudahan yang lebih baik.

“Dengan melanjutkan kadar khas RM1.20/kWh bagi pengecasan DC, kami menjadikan pengecasan pantas lebih mudah diakses dan mampu milik untuk pemilik kami,” katanya.

Lounge baharu itu turut disepadukan dengan kemudahan gaya hidup X Park Sunway Serene, termasuk gelanggang pickleball, litar go-kart dan medan selera.

Pemilik Zeekr juga boleh berehat di lounge khusus yang menawarkan Wi-Fi percuma dan boleh diakses 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dengan hanya mengimbas kod QR menerusi aplikasi Zeekr.

Pembukaan itu hadir sempena ulang tahun kedua Sunway Marketing yang memainkan peranan penting dalam pertumbuhan Zeekr di Malaysia, dengan lebih 2,900 unit terjual sejak jenama itu diperkenalkan di pasaran tempatan.

Zeekr Lounge X Park Sunway Serene terletak di Lot No. 1, Jalan SS 8/6, Zon Perdagangan Bebas Sungai Way, 47300 Petaling Jaya, Selangor.

GALERI:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here