Utama Berita Automotif Kadar istimewa RM1.20/kWJ untuk pemilik Zeekr di stesen pengecas DC Handal

Kadar istimewa RM1.20/kWJ untuk pemilik Zeekr di stesen pengecas DC Handal

6

Berita baik untuk semua pemilik kenderaan elektrik (EV) Zeekr di Malaysia bermula hari ini, semua stesen pengecas pantas DC milik Handal di seluruh negara dibuka kepada pengguna Zeekr pada kadar eksklusif RM1.20/kWj.

Sebelum ini, harga istimewa tersebut hanya terhad kepada beberapa lokasi terpilih sahaja.

Untuk mengaktifkan kadar ini, pemilik Zeekr hanya perlu :

  • Muat turun aplikasi ChargEV
  • Daftarkan akaun
  • Lengkapkan borang onboarding
  • Pastikan alamat e-mel dalam borang onboarding sama dengan alamat e-mel akaun ChargEV

Sebaik selesai, pemilik boleh terus mengecas di mana-mana pengecas DC Handal dengan kadar rata RM1.20/kWj.

Pengurus Besar Zeekr Malaysia, Eddy Lu berkata, langkah ini diambil selari dengan pertumbuhan komuniti Zeekr di negara ini yang kini sudah melebihi 5,000 pemilik.

“Memandangkan komuniti pemilik kami berkembang, kami ingin memastikan bahawa manfaat pemilikan turut berkembang bersama mereka.

“Dengan melanjutkan kadar pengecasan DC khas RM1.20/kWh di semua stesen pengecasan DC Handal di seluruh negara, kami menjadikan pengecasan pantas lebih mudah diakses dan bermanfaat untuk semua pemilik Zeekr,” katanya.

Selain kerjasama dengan Handal, Zeekr Malaysia turut mempunyai perancangan besar.

Syarikat berkenaan menyasarkan untuk mewujudkan 30 stesen pengecasan berjenama Zeekr di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Dengan rangkaian pengecasan lebih luas dan harga kompetitif, Zeekr dilihat semakin agresif memperkukuh ekosistem EV di Malaysia bagi memberi pengalaman pemilikan lebih lancar kepada pelanggan mereka.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here