Utama Berita Automotif Zeekr Malaysia perkukuh komuniti pelanggan menerusi platform One Zeekr

Zeekr Malaysia perkukuh komuniti pelanggan menerusi platform One Zeekr

6

Zeekr Malaysia terus memperkukuh hubungan dengan pelanggan menerusi pelancaran One Zeekr, sebuah platform komuniti menghimpunkan pemilik kenderaan jenama itu melalui pelbagai aktiviti gaya hidup, pengalaman eksklusif dan inisiatif kemasyarakatan.

Inisiatif itu diperkenalkan selepas jenama kenderaan elektrik (EV) premium berkenaan meraikan bulan penghargaan pelanggan sepanjang Ogos lalu dengan pelbagai program nilai tambah.

Antara program dilaksanakan termasuk :

  • kemudahan pengecasan menerusi Zeekr Power
  • keistimewaan akses pengecasan di seluruh negara
  • pemeriksaan kesihatan EV percuma
  • program lanjutan waranti
  • penganjuran Kejohanan Golf Zeekr Cup Elite Golf Championship Malaysia

Menurut Zeekr Malaysia, One Zeekr diwujudkan bagi menawarkan pengalaman pemilikan yang lebih menyeluruh, bukan sekadar tertumpu kepada penggunaan kenderaan, malah membuka ruang kepada pemilik untuk membina jaringan, berkongsi minat dan menyertai aktiviti komuniti.

Platform itu mula diperkenalkan menerusi Zeekr X Family Lifestyle Event di Awana Genting yang menghimpunkan pemilik baharu bagi meraikan permulaan perjalanan mereka bersama jenama tersebut.

Terbaharu, One Zeekr meneruskan momentum menerusi pertemuan komuniti di Takun Retreat Club, Rawang pada 19 September lalu yang menyatukan pemilik baharu dan sedia ada dalam suasana santai.

Selain aktiviti gaya hidup, program berkenaan turut diserikan dengan pelaksanaan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), sekali gus memperluaskan semangat kebersamaan komuniti Zeekr kepada usaha membantu golongan memerlukan.

Pengurus Besar Zeekr Intelligent Technology Malaysia, Eddy Lu berkata, peningkatan jumlah pelanggan Zeekr di Malaysia membuka peluang kepada syarikat untuk menawarkan lebih banyak pengalaman bermakna kepada pemilik.

“Melalui One Zeekr, kami mahu mewujudkan lebih banyak peluang untuk pemilik menikmati pengalaman baharu, berkongsi minat yang sama dan menyumbang kepada masyarakat.

“Ia bukan sekadar platform untuk berkumpul, tetapi ruang meneroka pelbagai kemungkinan bersama,” katanya.

Beliau berkata, elemen kebajikan dan khidmat masyarakat akan terus menjadi sebahagian penting dalam pembangunan komuniti One Zeekr pada masa hadapan.

Zeekr Malaysia memaklumkan, platform itu akan terus diperluas dengan pelbagai program merangkumi aktiviti gaya hidup, pengalaman eksklusif dan projek CSR, sekali gus menjadikan perjalanan pemilikan kenderaan lebih bermakna dan berterusan di luar pengalaman pemanduan harian.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here