Utama Berita Automotif Isuzu D-MAX 2.2 cabar kemampuan pusing Semenanjung guna satu tangki

Isuzu D-MAX 2.2 cabar kemampuan pusing Semenanjung guna satu tangki

6

Trak pikap Isuzu D-MAX cekap penggunaan bahan api kini memulakan cabaran baharu untuk melengkapkan perjalanan mengelilingi Semenanjung dengan hanya satu tangki diesel.

D-MAX One-Tank, One Nation Challenge bakal menyaksikan trak pikap turbo diesel Isuzu D-MAX 2.2 liter yang terbaharu, memulakan perjalanan mengelilingi negara dari Pusat 3S Isuzu di Balakong, Selangor sebelum cuba melengkapkan perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur enam hari kemudian – dengan menggunakan hanya satu tangki diesel.

Perjalanan ini turut melibatkan kunjungan ke lokasi pengedar Isuzu di Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Kelantan, Kedah dan Perak.

“Kami percaya Isuzu D-MAX baharu dengan enjin 2.2 liter ini mempunyai kualiti dan kemampuan mengharungi cabaran yang mencabar sebegini.

“Dengan hantaran kuasa menakjubkan, melibatkan 56 peratus daripada tork maksimum kenderaan sudah tersedia dari serendah 1,000 rpm, ia digandingkan pula dengan kotak gear automatik lapan-kelajuan baharu yang membolehkan trak ini memecut dengan cekap dan bertenaga, serta bergerak dengan sangat selesa di lebuh raya,” ujar Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Kenichi Kudo.

Perjalanan ini akan didokumentasikan dengan cermat selain dikemaskini duta jenama Isuzu, Baki Zainal yang akan berada di lokasi pengedar utama yang bakal disinggahi di sepanjang perjalanan itu.

Peminat Isuzu D-MAX juga boleh berinteraksi dengan Baki dan kru yang terlibat serta memenangi hadiah istimewa serta menikmati jamuan ringan di setiap lokasi dikunjungi D-MAX berkenaan.

Peminat di seluruh negara juga boleh turut serta dalam perjalanan ini dengan cara meneka jarak perjalanan yang mampu dicapai oleh D-MAX apabila ia kembali ke Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Hadiah utama berupa baucar beli-belah barangan runcit bernilai RM5,000 menanti mereka yang meneka jarak-tempuh paling hampir dengan bacaan terakhir yang berjaya dicapai, dengan ada banyak lagi hadiah sampingan untuk dimenangi.

Pastikan anda mengikuti perjalanan dan menyertai peraduan ini melalui https://pickuptruck.isuzu.net.my/d-max-onetank-onenation-2026/

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here