Utama Berita Automotif Lakukan 5-kesalahan besar termasuk ubahsuai, JPJ sita D-Max

Lakukan 5-kesalahan besar termasuk ubahsuai, JPJ sita D-Max

8
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sungai Petani menyita sebuah Isuzu D-Max berwarna putih dalam Ops Harian yang dijalankan di KM2 Jalan Permata Lunas–Kulim.
 
Pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut melakukan lima kesalahan iaitu Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, perakuan berkala tamat tempoh, ubah suai peralatan kenderaan serta tidak diselenggara dengan baik.
 
“Pemandu juga memberi alasan kenderaan tersebut milik rakan dan telah digunakan hampir dua tahun di atas jalan raya.
 
“Susulan itu, anggota penguat kuasa mengeluarkan tiga Notis Saman P22 serta lima Notis Sita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333),” menurut kenyataan.
 
Kenderaan tersebut disita dan dibawa ke Depoh Sita JPJ Cawangan Kulim untuk tindakan lanjut.
 
Pemilik kenderaan turut dikenakan tindakan kerana membenarkan kenderaan digunakan di jalan raya walaupun melakukan pelbagai kesalahan berkaitan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here