Utama Berita Automotif Tak serik, Rohingya masih pandu kereta yang pernah disita

Tak serik, Rohingya masih pandu kereta yang pernah disita

2

Sikap degil dan tidak merasa gerun terhadap undang-undang menyaksikan seorang pemandu Rohingya ditahan pihak berkuasa buat kali kedua selepas dikesan terus memandu tanpa lesen yang sah serta menggunakan kenderaan yang pernah disita sebelum ini.

Dalam operasi sekitar daerah Sik dan Sungai Petani pada Jumaat itu, pihak berkuasa telah menyita dua buah kenderaan melibatkan sebuah Perodua Myvi dan Toyota Fortuner. 

“Lebih mengejutkan, salah sebuah kenderaan berkenaan pernah disita oleh JPJ sebelum ini, namun kesalahan masih berulang.
“Kedua-dua kenderaan telah dibawa ke JPJ Negeri Kedah, Alor Setar untuk tujuan sitaan dan tindakan lanjut,” menurut kenyataan pada Sabtu.
 
Selain itu, pemilik kenderaan terlibat akan dikenakan tindakan mahkamah mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
 
Pihak JPJ Kedah menegaskan bahawa tidak berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mengingkari undang-undang jalan raya.
 
“Operasi penguatkuasaan akan terus dipergiatkan bagi memastikan pemilik dan pemandu kenderaan bertanggungjawab serta sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan,” jelasnya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here