Utama Berita Automotif Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé edisi terhad kini di Malaysia

Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé edisi terhad kini di Malaysia

1

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé Limited Edition baharu, yang menampilkan ekspresi prestasi dan keperibadian yang eksklusif kepada AMG CLE Coupé yang sememangnya menyerlah.

Dengan aksen luaran tersendiri, rim tempaan eksklusif dan bahagian dalaman AMG yang dipertingkatkan, Limited Edition ini membawa karakter sporty ke tahap lebih berani.

“Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé menggabungkan prestasi, ketangkasan dan karakter yang tidak dapat disangkal yang mentakrifkan AMG.

“Dengan Limited Edition, kami membawa daya tarikan itu selangkah lebih jauh melalui perincian reka bentuk eksklusif dan kelengkapan yang dipilih dengan teliti, sekali gus menjadikannya lebih tersendiri.

“Ia adalah model untuk mereka yang menghargai keseronokan pemanduan dan mahu keperibadian mereka terpancar dalam setiap perincian.” kata Kevin Barbian, Ketua Pegawai Operasi Mercedes-Benz Cars Malaysia.

AMG CLE Coupé dikuasakan enjin enam silinder sebaris 3.0 liter yang diubah suai secara meluas dengan pengecasan berganda.

Enjin tersebut menghasilkan kuasa 330 kW (449 hp) dan menawarkan tork maksimum 560 Nm, dengan sehingga 600 Nm tersedia buat sementara waktu melalui fungsi overboost.

Antara ciri teknikal utama seperti transmisi AMG SPEEDSHIFT TCT 9G dan pacuan semua roda AMG Performance 4MATIC+ yang berubah sepenuhnya, memberikan karakter pemanduan yang responsif dan mengujakan seperti yang diharapkan daripada Mercedes-AMG.

AMG CLE Coupé turut menampilkan:

  • Pakej AMG DYNAMIC PLUS
  • Pakej Pemandu AMG – AMG RIDE CONTROL
  • stereng gandar belakang sehingga 2.5°

Secara keseluruhannya, teknologi-teknologi ini memberikan pengalaman pemanduan yang tangkas dan dinamik, melengkapi karakter ekspresif CLE Coupé.

Limited Edition ini didatangkan dengan pelbagai pakej tambahan yang melengkapkannya secara menyeluruh, sekali gus meningkatkan lagi penampilan AMG CLE Coupé yang sememangnya menyerlah.

Penampilannya yang tersendiri diserlahkan oleh elemen:

  • balutan filem yang menampilkan logo AMG bersaiz besar
  • aksen warna kuning
  • kemasan cat matte MANUFAKTUR graphite grey magno yang eksklusif

Kenderaan ini dipadankan dengan rim tempaan 20 inci dalam reka bentuk jejari silang yang tersendiri dengan bebibir rim berwarna kuning, yang dikhaskan khas untuk edisi ini.

Angkup brek berwarna kelabu dapat dilihat di sebaliknya, yang menekankan keanggunan sporty model ini.

Perincian yang sofistikated adalah penutup pengisi bahan api dalam krom perak dengan tulisan AMG dan elemen reka bentuk berwarna hitam.

Bahagian dalaman Limited Edition ini juga mempunyai reka bentuk yang tidak dapat disangkal.

Pakej Tempat Duduk Prestasi Tinggi AMG menawarkan tempat duduk dengan balutan kulit AMG Nappa berwarna hitam dan jahitan kontras berwarna kuning, dipadankan dengan tali pinggang keledar berwarna kuning.

Elemen kemasan AMG dalam gentian karbon turut meningkatkan lagi bahagian dalaman.

Panel ambang pintu AMG dengan tulisan AMG disinari dalam warna kuning dan dipadankan dengan penutup yang boleh ditukar ganti.

Alas lantai AMG untuk model istimewa ini menampilkan lencana AMG dan jahitan berwarna kuning.

Selain itu, kenderaan ini didatangkan dengan stereng prestasi AMG dalam reka bentuk gentian karbon / mikrofiber MICROCUT.

Bagi melindungi badan kenderaan, edisi ini didatangkan dengan penutup kereta dalaman AMG yang disesuaikan khas.

Dengan kulit luar yang boleh bernafas diperbuat daripada fabrik gentian sintetik kalis koyak dan fabrik dalaman anti-statik yang diperbuat daripada flanel, ia melindungi kenderaan daripada habuk dan calar di dalam garaj.

Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé Limited Edition baharu ini ditawarkan pada harga RM836,888 untuk Semenanjung Malaysia dan RM374,590 untuk Langkawi.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web http://www.mercedes-benz.com.my/amg-cle.

GALERI:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here