Utama Berita Automotif Yamaha Xenter E skuter EV dengan jarak 108km, dibuat di Vietnam

Yamaha Xenter E skuter EV dengan jarak 108km, dibuat di Vietnam

6

Yamaha Motor memperkenalkan Xenter E, skuter elektrik baharu dengan jarak tunggangan sehingga 108km untuk kegunaan harian.

Model ini telah dipamerkan pada EICMA 2026 di Milan, Itali, sebagai sebahagian daripada usaha Yamaha memperkenalkan pengalaman mobiliti baharu menerusi teknologi elektrifikasi.

Diperkenalkan di Eropah, skuter ini dikeluarkan di kilang Yamaha di Vietnam.

Xenter E dibangunkan untuk menawarkan pengendalian mudah dan keselesaan menerusi penggunaan roda lebih besar, digabungkan dengan respons pendikit lancar yang menjadi ciri kenderaan elektrik.

Rangka baharu turut dibangunkan bagi menghasilkan pengendalian stabil dan prestasi tangkas, termasuk ketika melalui jalan berbatu dan permukaan tidak rata.

Reka Bentuk Bergaya

Antara ciri utama Xenter E ialah reka bentuk bergaya seperti skuter bernadikan enjin petrol selain penggunaan roda 16 inci pada bahagian depan dan belakang.

Gabungan roda besar dan rangka jenis underbone baharu memberikan kekuatan serta ketegaran yang baik tanpa meningkatkan berat secara berlebihan.

Kedudukan komponen berat seperti bateri dan motor elektrik turut dioptimumkan bagi menghasilkan keselesaan tunggangan serta pengendalian yang tangkas dan stabil.

Jarak 108km, 3 Mod

Xenter E menggunakan unit kuasa eAxle baharu yang dibangunkan dengan reka bentuk ringan dan kompak. Sistem ini menghasilkan pecutan berkuasa serta linear.

Menurut Yamaha, penggunaan roda besar dan respons pendikit khusus kenderaan elektrik memberikan pengalaman tunggangan yang lebih selesa dan lancar.

Bekalan tenaga pula datang daripada bateri litium-ion tetap berkapasiti 3.5kWj yang menawarkan jarak tunggangan sehingga 108km berdasarkan mod WMTC.

Sistem pengecas onboard baharu menyokong pengecasan di rumah dan stesen pengecasan awam untuk kereta.

Penunggang juga boleh memilih tiga mod kuasa iaitu S, T dan E mengikut keadaan tunggangan serta pilihan masing-masing.

Paparan TFT dan Praktikaliti

Xenter E dilengkapi paparan TFT 5 inci dengan grafik khusus kenderaan elektrik.

Paparan ini turut menyokong sambungan aplikasi Yamaha Motor On yang menyediakan navigasi arah demi arah, maklumat lokasi, jarak perjalanan dan baki cas bateri.

Fungsi undur turut disediakan untuk membantu penunggang menggerakkan skuter ketika berada di kawasan parkir sempit atau di atas cerun.

Untuk kegunaan harian, Xenter E mempunyai ruang simpanan di bawah pelana yang boleh memuatkan sebuah topi keledar muka penuh serta ruang pemijak kaki yang luas.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here