
Mforce Bike Holdings Sdn Bhd mengumumkan harga rasmi Benelli TRK 902 Xplorer pada RM45,888, tidak termasuk cukai jalan dan insurans.
Model adventure touring terbaharu itu tampil dengan enjin 904cc yang menghasilkan tork 90Nm, dipadankan tangki bahan api 21 liter bagi menawarkan pakej tunggangan jarak jauh yang menarik.

TRK 902 turut dilengkapi pelbagai ciri premium dalam kelasnya termasuk:
- penukar gear pantas atas dan bawah (quickshifter up & down)
- kawalan jelajah (cruise control)
- tiga mod tunggangan
Ia turut dilengkapi:
- kawalan cengkaman (traction control)
- brek Brembo
- paparan TFT 7 inci
- pemanas grip tempat duduk untuk keselesaan maksimum ketika mengharungi perjalanan jauh
Pakej berkenaan dilengkapkan lagi dengan kotak simpanan tiga unit sebagai standard, sekali gus menjadikannya antara pilihan touring paling lengkap dalam kelasnya.
GALERI:













































