Utama Berita Automotif QJMotor panggil semula AX200S untuk ganti komponen mufler

QJMotor panggil semula AX200S untuk ganti komponen mufler

4

WAKIL pengedar motosikal QJMotor di Malaysia, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd (Mforce) dan QJMotor Malaysia meminta pemilik motosikal model QJMotor AX200S supaya segera menyertai program panggil balik (recall) bagi penggantian komponen mufler.

Program itu bermula sejak 17 Mac lalu selepas QJMotor mengenal pasti kemungkinan berlaku keretakan pada komponen set mufler untuk beberapa unit AX200S.

Untuk langkah penambahbaikan, mufler baharu yang digunakan dalam program itu direka untuk tahap ketahanan dan prestasi lebih baik dalam jangka masa panjang.

Mforce kini terus menjalankan usaha memastikan semua unit terlibat menerima pemeriksaan dan penggantian komponen dengan sempurna.

Pemilik QJMotor AX200S yang masih belum mendaftar boleh membuat pendaftaran menerusi portal rasmi program panggil balik QJMotor Malaysia.

Selain itu, pemilik juga boleh menghubungi atau mengunjungi pengedar sah QJMotor Malaysia yang menjadi tempat motosikal dibeli bagi mendapatkan maklumat lanjut dan menetapkan janji temu untuk proses penggantian.

Keseluruhan proses menukar mufler ini dilaksanakan percuma, termasuk kos alat ganti dan upah kerja.

QJMotor Malaysia turut mengingatkan pemilik yang terlibat supaya tidak menangguhkan proses tersebut bagi memastikan motosikal berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here