
Bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Merdeka ke-69, Jetour Malaysia memperkenalkan Jetour T2 Dark Warrior Edisi Terhad — SUV lasak dengan sentuhan eksklusif yang terhad kepada 69 unit di seluruh negara.
Model edisi khas ini ditawarkan pada harga RM167,600, lebih RM10,800 berbanding Jetour T2 standard.


Harga ditawarkan itu adalah atas jalan tanpa insurans.
Berbeza daripada T2 biasa, Dark Warrior tampil dengan identiti lebih agresif dan eksklusif.
Sorotan utama pada luaran termasuk :
- Kemasan Matte Black sebagai satu-satunya pilihan warna
- Angkup brek berwarna merah
- Roof rails, logo Jetour belakang dan emblem Jetour dalam kemasan hitam
- Pakej Aksesori Dark Warrior bernilai RM10,800
Pakej aksesori rasmi Jetour Genuine Accessories merangkumi :
- Guard Rail
- Grille khas
- Modular Side Ladder
- Warrior Roof Rack
- Stealth Emblems
- Side Hanging Plate
Pakej ini turut disertakan waranti 3 tahun atau 100,000 km.


Selain penampilan serba eksklusif, pembeli T2 Dark Warrior turut menikmati pakej pemilikan komprehensif daripada Jetour Malaysia merangkumi :
- 5 kali servis percuma termasuk kos buruh dan alat ganti
- Waranti kenderaan 7 tahun / 150,000 km
- Waranti enjin 10 tahun / 1,000,000 km


Dengan hanya 69 unit sahaja dikeluarkan bersempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-69, Jetour T2 Dark Warrior disasarkan kepada pelanggan yang inginkan SUV dengan gaya berbeza dan nilai koleksi.
Tempahan kini dibuka di semua pengedar sah Jetour di seluruh Malaysia.































