Utama Berita Automotif AirAsia bincang pembayaran hutang RM500 juta dengan MAHB

AirAsia bincang pembayaran hutang RM500 juta dengan MAHB

1

Pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), sedang berunding pelan pembayaran balik berstruktur bersama AirAsia Group Bhd bagi mendapatkan semula hutang tertunggak berjumlah RM500 juta yang ditanggung oleh syarikat penerbangan tambang rendah tersebut, menurut Bloomberg.

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Mohd Izani Ghani memaklumkan kepada ahli Parlimen dalam sesi pendengaran jawatankuasa bulan lalu bahawa rundingan dua hala tersebut sedang “menunjukkan perkembangan positif sejak beberapa bulan lalu”.

 

“Keutamaan kami adalah untuk memastikan hutang tersebut diselesaikan,” katanya menjelaskan bahawa pihak pengurusan amat memahami bahawa syarikat penerbangan tambang rendah itu menyediakan kesalinghubungan yang amat penting kepada rakyat Malaysia.

Keterangan Mohd Izani itu didedahkan dalam laporan yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dwipartisan, iaitu badan pemantau Parlimen yang bertanggungjawab meneliti akaun persekutuan serta perbelanjaan awam.

 

Tunggakan hutang tersebut timbul ketika AirAsia sedang mengharungi gelora operasi yang sengit.

Ketiadaan perlindungan nilai bahan api menyebabkan syarikat penerbangan itu terdedah secara langsung kepada ketidaktentuan harga minyak mentah dunia ekoran ketegangan geopolitik di Timur Tengah, sekali gus menghimpit aliran tunai syarikat dan jualan besar-besaran pelabur membadai nilai sahamnya merosot sebanyak 73 peratus tahun ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here