Utama Berita Automotif Moto Morini X-Cape 700 rasmi masuk pasaran Malaysia

Moto Morini X-Cape 700 rasmi masuk pasaran Malaysia

5

Selepas dilancarkan pada November lalu di Zhejiang, China, akhirnya Moto Morini X-Cape 700 rasmi memasuki pasaran Malaysia, hari ini.

Dengan tawaran harga bermula RM33,888 (tidak termasuk cukai jalan), model ini didatangkan dengan tiga pilihan warna – Stone Black, Vortex Red dan Dynamic White – sesuai untuk mereka yang mementingkan gaya.

Model X-Cape 700 menerima beberapa peningkatan berbanding X-Cape 650 sebelumnya.

Motosikal ini dipasarkan sebagai penjelajah adventure untuk kedua-dua jalan raya dan luar jalan.

Ciri-ciri utama:

  • Digerakkan oleh enjin dua piston selari, 693cc, DOHC, 8-injap penyejuk cecair yang menghasilkan 73.7 hp @ 8,500 RPM dan 68 Nm @ 6,500 RPM
  • Enjin ini mencapai keseimbangan baik antara tork yang kuat dan kuasa kuda puncak
  • Sistem suspensi depan terdiri daripada fork Marzocchi ø50mm jenis terbalik yang boleh dilaras untuk pra-beban spring, serta redaman lantunan dan mampatan
  • Di belakang, terdapat monoshock Kayaba yang boleh dilaras untuk pra-beban spring, dan redaman lantunan

Breknya pula adalah cakera berganda 298 mm dicengkam kaliper Brembo 2 omboh di depan, dan cakera 255mm dicengkam oleh kaliper 2 omboh di belakang.

Saiz tayar jentera ini pula 110/80-19 (depan) dan 150/70-17 (belakang) dalam pilihan aloi atau berlidi, dan dipasang dengan Pirelli Scorpion Rally STR untuk rim berlidi.

Tangki bahan api jentera ini mempunyai kapasiti 18 liter.

Moto Morini mendakwa ‘berat kering’ motosikal ini sekitar 213 kg.

Paparan TFT 7-inci dengan sambungan Bluetooth dan navigasi.

Skrin angin boleh dilaras secara manual untuk dua posisi pula sesuai untuk perjalanan jarak jauh.

Dengan gabungan prestasi dan teknologi, Moto Morini X-Cape 700 sangat bertepatan sebagai motosikal pengembaraan menyeluruh untuk memenuhi keperluan tunggangan harian atau ekspedisi di jalan raya Malaysia.

Dengan setiap pembelian X-Cape 700, pelanggan akan menikmati jaminan waranti perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun, selain pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn Bhd.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here