Utama Berita Automotif Syarat 80 peratus eksport terlalu berat? Rencana CKD BYD di Malaysia kini...

Syarat 80 peratus eksport terlalu berat? Rencana CKD BYD di Malaysia kini tergantung

203

Pembuat kenderaan elektrik (EV) China, BYD mungkin mempertimbangkan semula rancangannya untuk membina kemudahan pemasangan tempatan (CKD) di Tanjong Malim, Perak selepas gagal mencapai persetujuan syarat yang ditetapkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti), lapor The Edge.

Memetik Menteri MITI, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, salah satu titik pertikaian utama adalah syarat agar sehingga 80 peratus daripada kenderaan yang dipasang secara tempatan perlu dieksport manakala hanya 20 peratus diperuntukkan untuk pasaran domestik.

Beliau berkata bahawa kenderaan yang dijual secara tempatan juga mestilah berharga melebihi RM200,000, satu syarat yang tidak diterima oleh BYD.

“Angka-angka ini, 80 peratus eksport dan 20 peratus untuk pasaran tempatan tetapi harga tidak kurang daripada RM200,000 adalah syarat yang mereka tidak dapat persetujui. Kita perlu melindungi industri automotif kita sendiri,” katanya. 

Laporan itu menyatakan bahawa syarat-syarat tersebut diperkenalkan bagi melindungi ekosistem automotif domestik Malaysia yang menyokong kira-kira 700,000 peluang pekerjaan.

Tambahnya, pengeluar kereta nasional Proton dan Perodua kini mengekalkan kira-kira 50 peratus kandungan tempatan dalam kenderaan mereka dan memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan automotif negara.

Johari juga menjelaskan bahawa Proton menjual kira-kira 150,000 unit setahun, manakala Perodua mencatatkan jualan sekitar 350,000 unit.

“Anda perlu ingat bahawa kedua-dua Proton dan Perodua mempunyai 50 peratus kandungan tempatan dalam kereta mereka.

“Proton menjual kira-kira 150,000 kereta setahun manakala Perodua menjual 350,000.. ia jumlah yang banyak dan kedua-dua syarikat ini membina sebahagian besar ekosistem sedia ada untuk industri automotif di Malaysia,” katanya.

BYD merancang untuk membina kilang pemasangan CKD di Tanjong Malim dengan operasi disasarkan bermula pada separuh kedua tahun 2026 di KLK Tech Park.

Laporan itu juga menyatakan bahawa BYD telah muncul sebagai jenama EV terkemuka di Malaysia dengan mencatatkan jualan sebanyak 14,407 unit pada tahun 2025 (tidak termasuk sub-jenama premium Denza), menandakan peningkatan sebanyak 68 peratus berbanding tahun sebelumnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here