Utama Berita Automotif Penunggang motosikal maut dirempuh pemandu mabuk, khayal dadah

Penunggang motosikal maut dirempuh pemandu mabuk, khayal dadah

18

Seorang penunggang motosikal maut dirempuh sebuah kereta yang dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di Klang pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu melibatkan sebuah motosikal dan dua kereta.

Menurutnya, siasatan awal mendapati sebuah Honda City yang dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an itu datang dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.

“Pemandu berkenaan dipercayai telah memotong beberapa kenderaan di hadapan sebelum memasuki laluan bertentangan.

“Tindakan itu menyebabkan kenderaan dipandunya melanggar sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan,” katanya.

Beliau berkata, akibat pelanggaran tersebut, mangsa seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an, tercampak ke atas sebuah Perodua Myvi.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah,” katanya.

Hasil ujian saringan mendapati pemandu kereta berkenaan positif alkohol dan dadah serta suspek ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat,” katanya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here