MForce Bike Holdings Sdn Bhd melancarkan MForce Experience Club (MEC) bagi menghimpunkan pengguna dan kelab motosikal di bawah rangkaian MForce seluruh negara.
Platform itu bertujuan memperkukuhkan hubungan antara jenama dan komuniti pengguna.
Melalui platform itu, pemilik motosikal MForce berpeluang menjadi sebahagian daripada komuniti tersusun dan diiktiraf secara rasmi.

Antara kelebihan menyertai MForce Experience Club adalah
Komuniti Rasmi dan Diiktiraf
Ahli berada dalam satu platform yang mendapat sokongan penuh MForce
Pengalaman eksklusif
Peluang dijemput ke acara khas serta program terpilih dianjurkan MForce
Jaringan nasional
Menghubungkan kelab dan pemilik motosikal MForce seluruh negara
Aktiviti bertaraf nasional
Penyertaan dalam pelbagai acara berskala besar yang memperkukuh identiti dan semangat komuniti MForce
Selain itu, ahli MEC juga bakal menikmati pelbagai faedah seperti pratonton model motosikal terkini dan akses kepada promosi terhad selain menyertai sesi dialog bersama wakil MForce.

Dalam usaha memperkukuh hubungan komuniti, pelbagai acara sedang dirancang MForce antaranya
- Malaysia Bike Week
Acara tahunan terbesar komuniti motosikal jenama MForce merangkumi konvoi mega, pameran dan pelancaran model baru - Track Day Experience
Pengalaman tunggangan di litar dalam persekitaran terkawal - Nationwide Ride Series Konvoi bersiri mengikut zon seluruh negara
- Safety Riding Workshop
Program latihan keselamatan dan teknik tunggangan dikendalikan jurulatih bertauliah - Charity Ride and CSR
Konvoi amal dan program tanggungjawab sosial korporat membabitkan komuniti setempat
Permohonan keahlian boleh dibuat menerusi kelab motosikal masing-masing dan setiap permohonan akan diproses oleh pihak pengurusan MForce Experience Club.
Platform ini boleh diakses melalui pautan https:/mforceclub.my/



























