
Royal Enfield mengumumkan skim latihan tunggangan ‘Ready to Ride’ yang dikhususkan untuk golongan pengunggang baharu di UK.
Jentera yang diguna pakai ialah Royal Enfield Guerilla 450 yang dikuasakan oleh enjin silinder tunggal Sherpa 452 cc menghasilkan 39 hp dan 39 Nm.
Setakat ini, enam unit Guerilla 450 telah dihantar kepada rakan latihan Royal Enfield termasuklah:
- Drayton Croft Motorcycles di Hinckley
- Kings Two Wheel Centre di Kidlington
- Cooperb Motorcycles di Wellingborough
Royal Enfield juga turut merancang untuk menambah lebih banyak unit motosikal latihan bagi menyokong pembangunan penunggang baharu untuk masa depan.
Antara manfaat utama skim ‘Ready to Ride’ ini termasuklah bayaran bulanan yang merangkumi motosikal, kelengkapan menunggang, aksesori serta lesen A2 yang menjadikan ia lebih mudah diakses terutama mereka yang tidak mampu membayar kos pendahuluan yang tinggi.
Royal Enfield turut menyatakan bahawa inisiatif ini “mengukuhkan komitmen Royal Enfield untuk menyediakan pengalaman menunggang yang terbaik kepada semua penunggang, sekali gus mengurangkan halangan bagi penunggang baharu”.




