
Royal Enfield akan meraikan ulang tahun ke-125 dengan penganjuran One Ride 2026 pada 20 September 2026.
Lebih 1,000 penunggang di Malaysia dijangka menyertai konvoi global itu yang turut menyokong usaha pemuliharaan harimau salji di Himalaya.
Program tahun ini akan menyaksikan lebih 1,600 tunggangan serentak di lebih 60 negara. Ia adalah kesinambungan One Ride 2025 yang disertai lebih 53,000 penunggang di seluruh dunia.
Menurut Royal Enfield, setiap penyertaan dalam One Ride 2026 akan menyumbang kepada projek pemuliharaan harimau salji.
Spesies itu kini dianggarkan hanya 718 ekor di India dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan ekologi Himalaya.
Di Malaysia, konvoi akan disertai penunggang dari enam negeri dan akan berakhir di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

Lokasi itu dipilih kerana mencerminkan sejarah ketenteraan Royal Enfield.
“Setiap penyertaan One Ride akan diterjemahkan sebagai komitmen Royal Enfield terhadap pemuliharaan harimau salji.
“Ini menjadikan tunggangan kita sebagai langkah bermakna untuk melindungi ekosistem berkenaan,” kata Presiden Jenama dan Strategi Royal Enfield, Mohit Dhar Jayal.
Penunggang Malaysia boleh mendaftar melalui pengedar Royal Enfield terdekat atau menerusi laman rasmi Royal Enfield Malaysia.
Bagi penunggang Malaysia, One Ride 2026 bukan sekadar tunggangan beramai-ramai, tetapi juga peluang menyertai sambutan global sambil menyumbang kepada pemuliharaan hidupan liar Himalaya.
Info Ringkas One Ride 2026 Malaysia
- Tarikh :20 September 2026
- Destinasi : Pangkalan TLDM Lumut, Perak
- Sasaran Penyertaan : 1,000 penunggang dari enam negeri
- Yuran Pendaftaran : RM20 (penunggang/pembonceng)
- Daftar : https://luma.com/tdihd178
































