Utama Berita Automotif Royal Enfield Guerrilla 450 APEX 2026 dilancar, harga bermula RM28,000

Royal Enfield Guerrilla 450 APEX 2026 dilancar, harga bermula RM28,000

5

Royal Enfield Malaysia menerusi pengedar rasminya, Didi Group, melancarkan varian baharu Guerrilla 450 APEX 2026 yang tampil lebih sporty dengan beberapa penambahbaikan.

Walaupun menerima pelbagai naik taraf, model itu masih ditawarkan pada harga sama seperti varian asas iaitu bermula RM28,000.

Guerrilla 450 APEX dibangunkan berasaskan Guerrilla 450 sedia ada namun diberi sentuhan lebih agresif dari segi kedudukan tunggangan, tayar dan kemasan luaran.

Perubahan paling ketara adalah pada posisi tunggangannya yang kini lebih sporty. Royal Enfield menggunakan handlebar aluminium lebih rendah dan diubah kedudukan bagi membolehkan badan penunggang lebih condong ke hadapan.

Rekaan baharu itu bukan sekadar gaya, malah memberi kawalan lebih baik terutama ketika mengambil selekoh.

Dari segi penampilan, APEX menerima:

  • front cowl mengikut warna badan
  • rim tape dan rear seat cowl yang boleh ditanggalkan

Bagi pengendalian, Royal Enfield melengkapkan APEX dengan tayar Vredestein Centauro ST 17 inci yang direka khusus untuk jalan raya.

Tayar bersaiz 120/70 R17 di hadapan dan 160/60 R17 di belakang itu bakal menawarkan cengkaman lebih baik termasuk di permukaan basah.

Naik taraf tayar sama turut diberikan kepada varian Dash dan Flash 2026.

APEX masih mengekalkan enjin Sherpa 452cc satu silinder, penyejukan cecair, DOHC yang menghasilkan 40.02 PS pada 8,000 rpm dan tork 40 Nm pada 5,500 rpm. Enjin itu dipadankan dengan transmisi enam kelajuan bersama slip & assist clutch.

Dua mod tunggangan iaitu Street dan Sport dikekalkan namun kini dipertingkat dengan fungsi mode retention yang akan mengingati mod terakhir walaupun enjin dimatikan.

Model itu menggunakan:

  • kerangka steel twin spar
  • fork teleskopik Showa 43 mm di hadapan
  • monoshock di belakang
  • brek cakera 310 mm hadapan dan 270 mm belakang dengan Dual-Channel ABS

Dari segi dimensi, ia mempunyai ketinggian tempat duduk 780 mm, jarak roda 1,440 mm, kelegaan tanah 169 mm, berat 185 kg dan tangki 11 liter.

Semua varian Guerrilla 450 2026 dilengkapi:

  • paparan TFT bulat 4 inci Tripper Dash dengan navigasi Google Maps
  • lampu LED penuh
  • port pengecas USB Type-C

Guerrilla 450 APEX ditawarkan dalam tiga warna iaitu APEX Red, APEX Green dan APEX Black.

Harga rasmi Guerrilla 450 2026:

  • Base (Smoke Silver) – RM28,000
  • APEX (Red, Green, Black) – RM28,000
  • Dash (Shadow Ash, Twilight Blue, Peix Bronze) – RM28,300
  • Flash (Brava Blue) – RM28,700

Tempahan kini dibuka di lapan pengedar sah Royal Enfield di Petaling Jaya, Batu Caves, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Kuantan, Kuching dan Kota Kinabalu.

Bersempena pelancaran, pengedar terpilih di Semenanjung akan mengadakan Guerrilla APEX Open Day dari 15 hingga 18 Oktober 2026.

Setiap pembelian didatangkan dengan waranti tiga tahun tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama tiga tahun.

Galeri Royal Enfield Guerrilla 450 APEX 2026

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here