Utama Berita Automotif Polis tahan dua pemandu uji kelajuan di Putrajaya

Polis tahan dua pemandu uji kelajuan di Putrajaya

1

Aksi dua pemandu kenderaan yang dipercayai menguji kelajuan di Jambatan Putra di Putrajaya membawa padah apabila ditahan polis selepas rakaman video tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata kedua-dua lelaki berusia 19 dan 21 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

“Hasil siasatan mendapati kedua-dua individu berkenaan berada di lokasi tersebut bagi tujuan berkumpul dan menghasilkan kandungan untuk dimuat naik ke media sosial serta bukan bertujuan untuk berlumba.

“Pemeriksaan lanjut mendapati pemandu berusia 21 tahun tidak memiliki lesen memandu yang sah, manakala Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan yang dipandunya telah tamat tempoh,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, kedua-dua pemandu turut dikenakan tindakan saman atas kesalahan modifikasi kenderaan dan Kes disiasat di bawah Seksyen 81 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Selain itu, ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-dua pemandu mendapati mereka negatif dadah.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here