
Menerusi laman media sosial Instagram, Royal Enfield memuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan proses pengujian model kembara popularnya, iaitu Himalayan.
Menurut laporan, pengeluar itu dikatakan sedang menguji enjin baharu 750 cc berdasarkan nadi parallel-twin 650 cc sedia ada.
Enjin baharu itu akan mula ditawarkan pada model Interceptor terlebih dahulu, sebelum disusuli dengan model cafe racer Continental dan model Himalayan.
Menariknya, jentera adventure Himalayan dengan enjin baharu itu diuji di laluan sekitar Ladakh, India bersama-sama dengan model elektrik Him-E.
Antara ciri yang boleh dikesan termasuklah rim jejari bersaiz 19 inci depan/17 inci belakang, paip ekzos yang lebih menegak, serta tayar dual-purpose.
Berdasarkan penawaran semasa, Royal Enfield Himalayan dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 452 cc menghasilkan 40.02 PS pada 8000 rpm, dan tork maksimum 40Nm pada 5500 rpm.