Utama Berita Automotif Aksi ‘wow’ lompatan rentas 66 buah motor Royal Enfield pada Hari Kebangsaan...

Aksi ‘wow’ lompatan rentas 66 buah motor Royal Enfield pada Hari Kebangsaan (2023)

621
Pengunjung Dataran Putrajaya disajikan dengan persembahan ‘wow’ menerusi aksi lompatan Sarjan Saidatul Husna Kamaruddin, 34 menggunakan Kawasaki Scrambler 250cc di atas 66 buah motosikal Royal Enfield. 

 
 
Ia merupakan kolaborasi julung kali pasukan Army Red Warrior dengan peneraju global dalam segmen motosikal bersaiz sederhana, Royal Enfield oleh Didi Group. 
 
Antara model Royal Enfield yang terlibat dalam aksi berkenaan adalah Classic 500, Bullet 500, Meteor 350, Himalayan dan Continental GT 650.
 
Selain lompatan lebih 30 meter itu, aksi lain yang dilakukan oleh Army Red Warrior adalah menunggang motosikal menaiki tangga setinggi lapan kaki, formasi bunga raflesia, tugu negara dan merak.
 
Saidatul Husna merupakan pemegang rekod Lompatan Motosikal Terpanjang (Wanita) dalam Malaysian Book of Records (MBOR) pada persembahan TATU Tentera Darat (TDM) sempena Hari Tentera Darat ke-90 di Port Dickson, Mac lalu.
 
 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here