Didi Group lancar Royal Enfield Shotgun 650, 46.4 hp, harga RM34,900

100

Didi Group, pengedar sah motosikal berjenama Royal Enfield baharu sahaja melancarkan model baharu Shotgun 650 bertempat di Malaysia Autoshow 2024.

Royal Enfield Shotgun 650 menggabung rekaan retro-futuristik dengan ciri-ciri yang moden, seperti lampu LED berbentuk bulat, kluster instrumen digi-analog, dan menariknya turut datang dengan sistem navigasi Tripper.



Berikut merupakan spesifikasi ringkas Royal Enfield Shotgun 650:

Enjin kembar selari 648 cc
Kuasa 46.4 hp @ 7,250 rpm, daya kilas 52.3 Nm @ 5,650 rpm
Kotak gear enam kelajuan
FC 22 km/liter, atau 4.5 liter/100 km
Fork hadapan SFF-BP Showa, jarak gerak 120 mm
Penyerap hentak berkembar belakang Showa, jarak gerak 90 mm
Brek cakera depan 320 mm, angkup dua omboh terapung
Brek cakera belakang 300 mm, angkup dua omboh terapung
ABS dua saluran
Rim 18 inci depan/17 inci belakang
Empat warna: Stencil White, Plasma Blue, Green Drill, Sheet Metal Grey

Harga: RM34,900

Dalam masa yang sama, pihak Royal Enfield Malaysia turut mengesahkan pembukaan tempahan bagi model baharu Himalayan.

Ia bakal dilancarkan secara rasmi pada 8 Jun 2024 bertempat di JioSpace, Petaling Jaya.

Royal Enfield Himalayan merupakan sebuah motosikal adventure tourer yang dibina khusus, mampu untuk menawan apa jua destinasi dan menawarkan keseimbangan yang sempurna antara keupayaan dan kebolehgunaan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here