Chery M’sia, TDA tandatangan MoU pacu inisiatif ESG dalam industri automotif

85

Chery Auto Malaysia baru-baru ini menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Agensi Depositori Teknologi (TDA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan (MOF).

MoU yang terjalin antara Chery Auto Malaysia dan TDA ini menandakan lembaran baharu dalam mempromosikan amalan mampan dalam industri automotif tempatan.

Kerjasama ini akan memberikan tumpuan kepada membangun dan melaksanakan inisiatif ESG (Environmental, Social, Governance) yang inovatif dan dapat memberikan manfaat kepada negara.



Menurut Presiden Chery Auto Malaysia, Leo Chen berkata,

“MoU ini menandakan dedikasi kami untuk meneroka, memperluas, dan meningkatkan usaha kerjasama yang bukan sahaja akan mengukuhkan interaksi, tetapi juga memacu impak yang bermakna di kalangan pihak berkepentingan, profesional dan kakitangan.”

Ketua Pegawai Eksekutif TDA, Dr. Sharoul Jambari menjelaskan,

“Melalui perkongsian ini, kami akan meneroka penyelesaian untuk menangani kebimbangan alam sekitar dan kesejahteraan sosial.

“Matlamat kami adalah untuk membangunkan dan melaksanakan program inovatif yang dapat menangani kedua-dua isu alam sekitar dan sosial.”

Inisiatif yang dirancang termasuklah mengurangkan sisa, menggalakkan proses pengeluaran yang lebih bersih, dan meneroka amalan pengurusan bateri yang lebih bertanggungjawab.

Selain itu, kerjasama itu bertujuan untuk menambah baik keadaan kerja dalam rantaian bekalan automotif, memupuk kepelbagaian dan keterangkuman dalam tenaga kerja, serta menyumbang kepada komuniti tempatan melalui program tanggungjawab sosial.

Dengan terbentuknya kerjasama antara Chery Auto Malaysia dan TDA, ia dilihat dapat menjadi contoh positif kepada syarikat lain, dan memberikan inspirasi kepada mereka untuk menyumbang kepada masa hadapan yang lebih hijau di Malaysia.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here