Kapal kontena terbesar dunia berlabuh di Northport

2498

Northport (Malaysia) Bhd (Northport) meraikan kejayaan bersejarahnya dengan mengalu-alukan MV OOCL Japan, kapal kontena terbesar yang pernah berlabuh di fasilitinya pada Isnin lalu.

Kapal dimiliki oleh Orient Overseas Container Line (OOCL) Limited itu mempunyai kapasiti sebanyak 21,413 unit kontena bersamaan 20 kaki (TEU), sekali gus mencipta rekod baharu buat Northport.



MV OOCL Japan dibina pada 2017 dan kini berlayar di bawah bendera Hong Kong. Ia merupakan kapal kontena terbesar yang pernah dibina pada masa penyerahannya pada 2017.

Dengan memiliki panjang hampir 400 meter dengan kapasiti muatan melebihi 20,000 unit kontena (TEU). Ia dibina di kilang kapal Samsung Heavy Industries, Geoje.

Selain itu, kapal ini membawa 14,904,000 liter bahan bakar. OOCL Hong Kong dikuasakan enjin MAN Diesel & Turbo (MDT) jenis 11G95ME-C9 dengan memiliki 11 silinder secara sejajar.

Ia boleh menghasilkan kuasa sebanyak 83,656 hp pada 79 RPM. Enjin itu membolehkan mencapai kelajuan maksimum 21 knot (39 km/j), walaupun kelajuan jelajahnya hanya 14.6 knot (27.0 km/j).

Untuk rekod, persinggahan kapal terbesar di Northport sebelum ini adalah kapal Eugen Maersk, yang mempunyai kapasiti sebanyak 11,000 TEU pada 2013.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here