Nissan hasilkan minyak wangi, gandingan bau bunga sakura dan cebisan tayar Formula E

109

Nissan meraikan penganjuran Formula E yang berlangsung di Shanghai hujung minggu lalu dengan satu tema yang agak pelik, iaitu bauan seakan habuk tayar.

Ia bukanlah satu cerita ‘April Fool’, memandangkan kita pun sudah hampir mengakhiri bulan Mei.

Untuk info, Smell My Dust merupakan produk minyak wangi sebenar terbaharu yang ditawarkan oleh Nissan menerusi laman web Nissanperfume.com.



Menurut Nissan, bau wangian yang dihasilkan oleh Smell My Dust ini merupakan gandingan aroma bunga sakura dan rosemary yang diadunkan dengan bau cebisan tayar daripada jentera lumba Formula E Nissan e-4ORCE 04.

“Hasilnya ialah satu haruman yang merangkumi keindahan bunga sakura yang disulami dengan keseronokan dan semangat pasukan perlumbaan,” ujar Nissan.

Menurut Nissan, pasaran minyak wangi di China dikatakan berkembang pesat memandangkan terdapat satu obsesi di kalangan Gen Z yang menggemari bau-bauan yang pelik-pelik dan aneh.

Berdasarkan semakan ringkas di laman web Nissanperfume.com, pengeluar itu ada menawarkan beberapa variasi produk berasaskan wangian, termasuklah minyak wangi bertemakan Armada, GT-R, Patrol dan 350Z.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here