Utama Berita Automotif Mforce lancar tiga model terkini dengan identiti korporat baharu

Mforce lancar tiga model terkini dengan identiti korporat baharu

4

Mforce Bike Holdings Sdn Bhd memantapkan lagi kedudukannya dalam industri permotoran negara menerusi pelancaran tiga model terbaharu daripada jenama Cyclone, Benda dan Benelli, di samping memperkenalkan logo serta identiti korporat baharu.

Pengumuman itu dibuat pada Majlis Makan Malam Gala di Le Méridien, Nan’an, Chongqing, China, sempena program TOP 68 Dealers‘ Educational Tour Sales Campaign, yang menghimpunkan pengedar terbaik Mforce seluruh Malaysia.

Cyclone RT450 – RM27,988

Skuter maxi berenjin dua silinder 398cc DOHC, 31.5kW dan tork 44.2Nm dengan transmisi CVT automatik. Ditawarkan dalam tiga warna, Alabaster White, Prestige Black dan Strong Grey.

Benda Chinchilla 250 CVT – RM18,888

Cruiser berenjin V-Twin 249cc yang menghasilkan 19kW dan tork 25Nm. Hadir dalam dua warna, Eclipse Black dan Storm Grey.

Benelli TRK 902 Xplorer – RM45,888

Jentera adventure touring berenjin 904cc yang menghasilkan 68.5kW dan tork 90Nm. Dilengkapi brek Brembo, paparan TFT 7 inci, quickshifter, cruise control, tiga mod tunggangan, pemanas grip dan tempat duduk, serta kotak simpanan tiga unit. Ditawarkan dalam warna Slate Grey dan Stealth Green.

Ketiga-tiga model bakal berada di pasaran menerusi rangkaian pengedar sah Mforce di seluruh negara tidak lama lagi.

Setiap pembelian disertakan waranti dua tahun atau 20,000km.

Pada majlis sama, Mforce turut memperkenalkan logo baharu sebagai simbol evolusi syarikat selepas 18 tahun bertapak dalam industri permotoran.

Logo baharu itu disempurnakan Pengarah Urusan Mforce, Datuk Seri Tan Lean Heah, bersama Ketua Pegawai Eksekutif Mforce, Asri Ahmad.

Menampilkan reka bentuk moden dengan garisan bersudut condong aerodinamik, logo baharu itu menggambarkan kelajuan, ketangkasan dan prestasi, selaras slogan syarikat, Moving Forward.

Ditubuhkan pada 2008, Mforce kini antara pengedar motosikal terbesar di Malaysia, mewakili jenama antarabangsa termasuk Benelli, Keeway, Benda, QJMOTOR, SYM, Moto Morini, Cyclone dan Voge, selain jenama tempatan SM Sport dan WMOTO.

GALERI:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here