Bila rasa ‘down’, ingatlah Abang Panda ini

8

Kisah tentang ‘Abang Panda’ yang berkaki satu ini menunjukkan semangat juang yang luar biasa dalam mencari rezeki sebagai penghantar makanan.

Pengguna TikTok @OmbakLindu, yang pada mulanya sedang bersedih dan berasa lemah telah mendapat kekuatan dan kesedaran untuk bangkit semula setelah melihat ‘Abang Panda’ tersebut.

Wanita berkenaan secara senyap merekod Abang Panda berkenaan yang sedang berjalan menggunakan tongkat sementara tangan kiri dan kanannya membawa bungkusan makanan pelanggan.

@ombaklindu

Abg panda Saya doa kan abg sehat selalu di murah kan rezeki 🤲🏻🤲🏻 sebelum abg ni lalu aku betul2 tgh down😔 abg buat kan sy rasa bangkit semula dr down😭 #Fyp yg mana sehat tak bekerja tu tgk betapa kuat nya abg ni #foodpanda #runner #belajarbersyukur diri sendiri

♬ Hujan Tangis – Ziell Ferdian

Walaupun pada mulanya tanpa niat untuk tular, wanita itu mengakui bahawa pertemuan tidak terduga dengan ‘Abang Panda’ telah mengubah perspektifnya, memberikannya kekuatan untuk mengatasi perasaan “down” yang sedang dialaminya.

Perkongsian itu malah turut menyentuh hati netizen. Ramai yang mendoakan agar ‘Abang Panda’ sentiasa sihat, dimurahkan rezeki, dan dipermudahkan segala urusan.

Ini mencerminkan empati dan sokongan masyarakat terhadap individu yang gigih dalam menghadapi cabaran hidup. Bahkan ada yang ingin menyalurkan bantuan agar Abang Panda itu dapat membeli kaki palsu bagi memudahkan pergerakkannya. 

Susulan tularnya video berkenaan wanita tersebut berkongsi telahpun dapat menghubungi pemuda berkenaan dan menyampaikan hasrat warga maya yang ingin berkongsi rezeki dengannya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here