MForce Bike lancar motor elektrik YADEA GT20, harga RM4,998

27

MForce Bike Holdings rasmi memperkenalkan motosikal elektrik, YADEA GT20 ke pasaran tempatan pada harga cadangan RM4,998 seunit.

Ditawarkan dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Metal Grey, Dark/Orange dan Green/Gold, motosikal itu menggabungkan rekaan bergaya, teknologi pintar dan kecekapan elektrik yang tinggi.

Pengenalan model tersebut merupakan permulaan pertama buat jenama tersebut dan YADEA Malaysia akan terus mempelbagaikan lagi model-model terbaru yang mampu meningkatkan kelestarian dan kemajuan industri kenderaan elektrik tempatan.

Berikut informasi ringkas tentang YADEA GT20 :

  • Dikuasakan dengan motor jenis wheel hub bersama kuasa puncak sehingga 3,200W dan tork maksimum 160Nm.
  • Motosikal ini juga mampu mengharungi cerun dengan kecondongan sehingga 15 darjah, menjadikannya sesuai untuk kawasan berbukit dan laluan mencabar.
  • YADEA GT20 menggunakan bateri graphene berkapasiti 72V38Ah dengan jarak perjalanan sekitar 105km dengan satu cas penuh.
  • Proses pengecasan mengambil masa sekitar 6 hingga 8 jam menggunakan pengecas 72V6A, manakala kitaran hayat bateri mampu mencecah sehingga 500 kali cas.
  • Ia disokong oleh sistem penjanaan semula tenaga yang membantu mengekalkan tahap kuasa ketika membrek atau menuruni cerun.
  • Keselesaan tunggangan diserahkan pada rim aloi aluminium MT2.15-12 bersama tayar depan/belakang bersaiz 90/80-12.
  • Sistem brek cakera digabungkan dengan teknologi CBS, yang meningkatkan keselamatan terutamanya ketika membrek mengejut.
  • Dimensinya pula adalah 1,857mm panjang, 690mm (lebar) dan 1,120mm (tinggi), dengan ketinggian pelana 768mm dan panjang 700mm. Jarak kelegaan tanah antara 140mm hingga 150mm, serta panjang pedal 350mm.
  • Ruang simpanan bawah pelana seluas 28 liter.
  • Ciri pencahayaan menggunakan lampu LED hadapan dan belakang, menawarkan pancaran terang sekitar 4,000CD untuk lampu rendah dan 22,000CD untuk lampu tinggi. 
  • Ciri peralatan lain termasuklah skrin digital dengan paparan speedometer, dua mod tunggangan, paparan sistem tenaga dan amaran kerosakan pintar, ruang simpanan hadapan, port pengecasan USB jenis-A dan cangkuk tersembunyi. 
  • Ciri keselamatan yang ditawarkan antaranya side stand cut-off serta ‘Secure Ride’ yang merangkumi tempat duduk ergonomik, penyandar belakang pembonceng serta pemegang belakang.

Dengan setiap pembelian YADEA GT20, pelanggan bakal menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) tertakluk kepada terma dan syarat.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here