Utama Berita Automotif Zero DS pecah rekod dunia, catat jarak 436 km dengan sekali cas

Zero DS pecah rekod dunia, catat jarak 436 km dengan sekali cas

5

Zero Motorcycles berjaya mencipta rekod baharu Guinness World Record bagi kategori perjalanan paling jauh oleh motosikal elektrik dengan sekali cas.

Model Zero DS berjaya mencatat jarak 436 km dari banjaran Alps di Perancis hingga ke kawasan Mediterranean dengan satu cas penuh.

Pencapaian itu jauh mengatasi rekod sebelum ini yang dicatatkan pada 2025 oleh Verge TS Pro, iaitu 310.6 km.

Sebanyak tiga buah motosikal digunakan bagi percubaan rekod tersebut, namun hanya Zero DS berjaya mencatat jarak luar biasa tersebut.

Rahsianya terletak pada penggunaan Power Tank, iaitu opsyen rasmi daripada Zero yang meningkatkan kapasiti bateri daripada 15.6 kWh kepada 19.2 kWh yang boleh dipasang terus menerusi rangkaian pengedar Zero Motorcycles.

Penunggang dari Belgium, Jelle Verstaen menjadi individu yang mencipta rekod berkenaan.

Mereka memilih jalan yang kurang sibuk dan lebih sempit bagi membolehkan kelajuan dikekalkan secara konsisten. Kelajuan sebenar tidak didedahkan, namun menurut Zero Motorcycles penunggang menyasarkan kelajuan sekitar 52 km/j berdasarkan keadaan dan had laju yang mengizinkan. 

Untuk memastikan percubaan tersebut sah tanpa sebarang penipuan, mereka telah menutup port pengecasan dan memakai peranti pengesan GPS. 

Data tersebut kemudian disahkan oleh wakil Guinness World Records sebelum diiktiraf sebagai rekod baru secara rasmi. 

Zero DS dikuasakan oleh motor elektrik tunggal memacu roda belakang, menghasilkan kuasa puncak 60 hp dan kuasa berterusan sekitar 15 hp. 

Selain Zero DS, dua lagi motosikal yang menyertai konvoi itu turut mencatat angka mengagumkan. Zero SR/S berjaya bergerak sejauh 217 batu (350 km) sebelum kehabisan tenaga, manakala Zero DSR/X mencatat 238 batu (384 km).

Malah, kedua-dua model tersebut juga telah mengatasi rekod yang dicatatkan oleh Verge TS Pro tahun lalu.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here