
Jangan terkejut jika anda ternampak awan hujan bergerak di jalan raya Lembah Klang minggu ini.
Itu bukan fenomena pelik, sebaliknya kelibat Mitsubishi Xforce Roving Cloud yang akan memulakan jelajahnya bermula 16 Oktober.
Mitsubishi Motors Malaysia membawakan pengalaman unik itu bagi menterjemahkan keyakinan sebenar memandu di jalan basah, yang menjadi kekuatan utama SUV terbaharunya, Mitsubishi Xforce.
Menerusi kempen dari 16 Oktober hingga 29 November 2026 itu, sebuah kenderaan paparan khas dengan mekanisme titisan air aktif – diinspirasikan sebagai awan hujan bergerak – akan menjelajah lokasi tumpuan setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Orang ramai berpeluang melihat sendiri kehebatan ciri Wet Mode pertama dalam kelasnya yang berfungsi bersama Active Yaw Control untuk pemanduan lebih yakin ketika jalan licin dan basah.
Bukan sekadar melihat, sesi pandu uji turut disediakan pada sesi terpilih di lokasi jelajah.
Xforce Roving Cloud akan memulakan jelajah di Subang Jaya (16 Okt), Shah Alam (17 Okt) dan Klang (18 Okt), sebelum bergerak ke Petaling Jaya, Mont Kiara, Kepong, Setia Alam sempena Acara ACE, Taman Desa, Bukit Bintang, Setapak, Puchong, Bukit Jalil dan Cheras.

Kempen akan melabuhkan tirai di Karnival Jom Heboh, Stadium Merdeka dari 27 hingga 29 November 2026.
Lokasi tepat dan masa jelajah akan dikemas kini menerusi laman mikro rasmi Xforce Roving Cloud.
Jika anda bertembung dengan awan bergerak ini, jangan lepaskan peluang merakam gambar.
Mitsubishi turut menganjurkan peraduan Xforce Roving Cloud: Snap & Win dengan hadiah eksklusif bernilai sehingga RM10,000 menanti 20 pemenang bertuah.
Caranya untuk menyertai peraduan:
- Kesan Xforce Roving Cloud
- Rakam gambar bersama awan tersebut
- Muat naik di Instagram atau Facebook Story dengan tanda pagar #XforceRovingCloud
- Tag dan follow akaun rasmi Mitsubishi Motors Malaysia
Peraduan berlangsung dalam dua gelombang:
- Gelombang 1 (16 Okt – 1 Nov)
- Gelombang 2 (13 Nov – 30 Nov)
Pemenang akan diumumkan pada 6 November dan 3 Disember 2026.
Antara hadiah menarik termasuk:
- kotak simpanan perkhemahan
- kotak penyejuk
- troli perkhemahan
- kerusi utiliti Poler
- tilam angin perkhemahan
- pin Touch ‘n Go bernilai RM50
Jadi, jika hujung minggu ini anda ternampak awan datang menghampiri, cepat-cepat capai kamera. Mungkin itu rezeki anda.





























